Utusan Borneo (Sarawak)

Arwah adik baharu beberapa hari beli motosikal: Abang

-

IPOH: “Adik baharu sahaja membeli motosikal Kawasaki Ninja 250 beberapa hari lalu,” kata Afwa Muhamad Wazer berhubung adiknya Muhsin, 23, yang meninggal dunia selepas motosikal ditunggang­inya terbabit dalam kemalangan semalam.

Katanya, adik bongsunya itu daripada 10 beradik yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Seri Iskandar juga pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin pada tahun ini.

“Kami jarang bertemu sebab masing-masing bekerja di tempat lain. Kali terakhir bertemu adalah semasa Hari Raya Aidilfitri tahun lepas dan ketika itulah arwah menyatakan hasratnya,” kata Afwa, 38, ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.

Dalam kemalangan pada kira-kira jam 5.36 pagi di Km278.9 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara selepas Plaza Tol Ipoh Selatan itu tiga lagi rakan Muhsin iaitu Rafiq Hafizi Rahimi, 21; Mohamad Syarif Mohamad Said, 30, dan Mohamad Hafiz Jabon, 33, turut maut.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Thamby berkata semasa kejadian keempat- empat mangsa sedang menunggang dan membonceng dua motosikal telah bergesel sesama sendiri dalam kelajuan yang agak tinggi sebelum terbabas dan melanggar belakang sebuah kereta.

Rafiezul Asyraf Rahimi, 24, abang kepada Rafiq Hafizi berkata adiknya itu merupakan pelajar tahun akhir jurusan kejurutera­an elektrikal di Universiti Tenaga Nasional (UniTEN) cawangan Bangi, Selangor .

“Dia seorang yang periang, peramah, suka senyum dan kawan- kawannya sentiasa selesa dengan kehadiran dia dan dia juga seorang adik yang sangat baik,” katanya dengan sayu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DISEMBAHYA­NGKAN: Anggota keluarga menyembahy­angkan jenazah Muhsin Muhamad Wazer dan Mohamad Syarif yang maut dalam kemalangan jalan raya membabitka­n dua motosikal dengan sebuah kereta di KM278.9 Lebuh Raya Utara Selatan Arah Utara selepas Plaza Tol Ipoh Selatan di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) semalam.
— Gambar Bernama DISEMBAHYA­NGKAN: Anggota keluarga menyembahy­angkan jenazah Muhsin Muhamad Wazer dan Mohamad Syarif yang maut dalam kemalangan jalan raya membabitka­n dua motosikal dengan sebuah kereta di KM278.9 Lebuh Raya Utara Selatan Arah Utara selepas Plaza Tol Ipoh Selatan di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia