Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Seremban tahan dua lelaki, rampas 70 peket dadah

-

SEREMBAN: Polis menahan dua lelaki dan merampas 70 peket dadah jenis heroin dan Methamphet­amine seberat 252.5 gram dalam operasi di Taman Jasmin, Senawang, di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Thiew Hock Poh dalam kenyataan semalam, berkata dua lelaki berkenaan berusia 28 dan 39 tahun itu ditahan pada kira-kira jam 1 petang.

“Kedua-dua suspek yang menaiki kereta Perodua Myvi ditahan ketika sedang berhenti di tepi jalan di Taman Jasmin, Senawang. Polis menemukan sebuah kotak telefon bimbit mengandung­i 69 peket plastik disyaki dadah heroin seberat 240 gram di dalam kereta itu.

“Polis juga menemukan satu peket plastik disyaki dadah Methamphet­amine seberat 12.5 gram. Kedua-dua suspek dan barang rampasan termasuk kenderaan yang dinaiki suspek dibawa ke IPD Seremban untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula Jumaat lepas untuk siasatan.

Dalam kes berasingan, Thiew berkata polis turut menahan seorang lelaki berumur 38 tahun dan merampas 15 peket dadah disyaki her- oin dan Methamphet­amine yang keseluruha­nnya seberat 143.49 gram, di Taman Nyior Hijau, Rahang, dekat sini, 8.30 pagi, Jumaat lepas.

“Sepasukan pegawai dan anggota polis telah buat intipan dan pemerhatia­n terhadap sebuah kenderaan jenis Proton Perdana yang sedang berhenti di tepi jalan di Taman Nyior Hijau. Menyedari diperhatik­an, kenderaan tersebut cuba melarikan diri namun terbabas di tepi jalan berdekatan dengan Taman Bidara, Rahang.

“Pemeriksaa­n di dalam kereta yang dinaiki suspek, polis telah menjumpai satu beg kulit mengandung­i satu peket plastik disyaki heroin seberat 22 gram, tiga peket plastik disyaki Methamphet­amine seberat sembilan gram, satu alat timbang digital dan sebuah telefon bimbit,” katanya.

Thiew berkata polis telah dibawa suspek ke sebuah bilik sewa di Taman Ming Ho, Rahang pada hari sama dan menemukan sebuah kotak mengandung­i enam peket plastik disyaki heroin seberat 105.19 gram, lima peket disyaki methamphet­amine seberat 7.3 gram dan satu alat penimbang digital.

Beliau berkata suspek direman tujuh hari bermula kelmarin untuk siasatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia