Utusan Borneo (Sarawak)

36,000 buka akaun SSPN1M dalam tempoh dua minggu

-

KUALA LUMPUR: Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M) mendapat sambutan menggalakk­an dengan sebanyak 36,000 akaun dibuka dalam tempoh dua minggu bermula 8 Jan lalu.

Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN) Wan Ahmad Wan Yusoff berkata, pihaknya menyasarka­n 50,000 pencarum di bawah skim itu untuk bulan pertama tahun ini dan 100,000 pencarum ke atas untuk bulan-bulan berikutnya.

Beliau berkata sehingga 31 Dis tahun ini, ibu bapa atau penjaga yang membuat simpanan bersih di dalam akaun SSPN1M sebanyak RM500 untuk anak mereka layak menerima insentif khas geran sepadan iaitu deposit percuma bernilai RM500. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentang­an Bajet 2018, mengumumka­n bahawa RM250 juta disediakan kepada 500,000 pencarum berumur 7 hingga 12 tahun dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional yang dijenamaka­n semula sebagai SSPN1M.

“Rakyat Malaysia seharusnya tidak melepaskan peluang yang disediakan ini kerana insentif tersebut diperuntuk­kan kepada 500,000 akaun terawal sahaja,” kata Wan Ahmad kepada pemberita selepas menghadiri program penyampaia­n sumbangan deposit SSPN1M anjuran Yayasan Pendidikan Kawasan Bandar Tun Razak di sini, semalam.

Pada program itu, pengerusi yayasan berkenaan merangkap Ketua Barisan Nasional Bahagian Bandar Tun Razak Datuk Chew Yin Keen memberikan sumbangan berjumlah RM50,000 berbentuk deposit RM50 akaun SSPN1M kepada 1,000 pelajar berumur 7 hingga 12 tahun yang kebanyakan­nya merupakan penduduk Projek Perumahan Rakyat di kawasan Parlimen itu.

Chew ketika berucap pada program itu berkata pihaknya berhasrat untuk meneruskan pemberian sumbangan tersebut setiap tahun untuk lima tahun akan datang, sekiranya rakyat terus memberi mandat kepada BN.

“Menerusi program ini, kami berharap mesej dapat disampaika­n kepada penduduk setempat bahawa pendidikan adalah amat penting kepada anak-anak kita di masa depan, bukan sahaja untuk diri mereka sendiri tetapi untuk keluarga dan negara,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN: Chew (berdiri enam kanan) bergambar bersama penerima Sumbangan Deposit SSPN1M anjuran Yayasan Pendidikan Kwasan Bandar Tun Razak di Bandar Tun Razak dekat Kual Lumpur, semalam. Turut hadir Wan Ahmad (empat kanan).
— Gambar Bernama SUMBANGAN: Chew (berdiri enam kanan) bergambar bersama penerima Sumbangan Deposit SSPN1M anjuran Yayasan Pendidikan Kwasan Bandar Tun Razak di Bandar Tun Razak dekat Kual Lumpur, semalam. Turut hadir Wan Ahmad (empat kanan).
 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Mohd Johari (belakang enam kiri) bergambar bersama para pelajar selepas Majlis Penyerahan Surat Penghargaa­n dan Tawaran Memasuki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior dekat Jitra, semalam.
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Mohd Johari (belakang enam kiri) bergambar bersama para pelajar selepas Majlis Penyerahan Surat Penghargaa­n dan Tawaran Memasuki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior dekat Jitra, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia