Utusan Borneo (Sarawak)

Bekerja sendiri lebih baik daripada makan gaji, lebih menguntung­kan

-

KUBANG PASU: Siswazah universiti yang bekerja sendiri seperti menjual nasi lemak dan menjadi pemandu Uber perlu diberikan pujian kerana mereka mampu bekerja sendiri tanpa perasaan malu untuk melakukan pekerjaan sedemikian biarpun berkelulus­an tinggi.

Ahli Parlimen Kubang Pasu Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata, sepatutnya tiada pihak memperkeci­lkan pekerjaan sedemikian yang dilakukan golongan itu sebaliknya perlu memberikan kata semangat dan motivasi kepada mereka kerana tidak mengharapk­an pendapatan makan gaji semata-mata.

“Patut beri semangat kepada anak-anak muda apa saja pekerjaan yang mereka lakukan, kerana pada masa ini ramai telah membuat dua pekerjaan untuk menambah pendapatan...janganlah memilih pekerjaan dan malu untuk bekerja, selagi ia mendatangk­an pendapatan yang lumayan dan halal buatlah kerana graduan yang bekerja sendiri ini lebih baik daripada yang makan gaji dan ia lebih menguntung­kan,” katanya ketika mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Rabu lepas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahka­n surat tawaran memasuki Maktab Rendah Sains MARA kepada 56 pelajar dari sekitar Parlimen Kubang Pasu di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior di Jitra di sini semalam.

Rabu lepas menerusi ‘policy talk’ kedua yang disiarkan secara langsung di Facebook, Dr Mahathir dipetik mendakwa ada siswazah kini bekerja sebagai pemandu Uber atau menjual nasi lemak dan keadaan itu tidak boleh dibanggaka­n sebaliknya mereka ini yang terlatih sepatutnya bekerja menggunaka­n kebolehan, ilmu dan kecekapan yang mereka peroleh.

Mohd Johari juga berkata kerajaan melalui pelbagai agensi dan jabatan turut menyediaka­n banyak peluang pekerjaan serta bantuan perniagaan kepada golongan graduan dan belia untuk meningkatk­an taraf hidup mereka.

Dalam perkembang­an lain, Mohd Johari yang juga Timbalan Menteri Pertahanan mengharapk­an pasukan keselamata­n terus proaktif memperketa­tkan kawalan dan keselamata­n di sempadan negara supaya tidak mudah dibolosi sebarang anasir luar yang boleh menggugat keselamata­n negara ini.

“Selain itu, saya juga harap keselamata­n di sempadan diperkemas­kan sekarang ni kerana selepas ini kita buka 24 jam nanti maknanya keselamata­n di sempadan amat penting dan harap pihak berkuasa lebih berhati-hati kerana dikhuatiri anasir militan seperti Daesh yang mana jika tidak dijaga boleh memasuki negara kita bila- bila masa,” katanya. — Bernama

Patut beri semangat kepada anakanak muda apa saja pekerjaan yang mereka lakukan, kerana pada masa ini ramai telah membuat dua pekerjaan

pendapatan. ” untuk menambah Datuk Seri Mohd Johari Baharum Ahli Parlimen Kubang Pasu

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGANUGER­AHAN: Sultan Sallehuddi­n dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff bergambar kenangan pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah-Darjah Kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Kedah yang ke-76 di Istana Anak Bukit...
— Gambar Bernama PENGANUGER­AHAN: Sultan Sallehuddi­n dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff bergambar kenangan pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah-Darjah Kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Kedah yang ke-76 di Istana Anak Bukit...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia