Utusan Borneo (Sarawak)

Hati-hati maklumat berunsur fitnah di media sosial: Jailani

-

ALOR SETAR: Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff dikurniaka­n Darjah Kerabat Kedah dalam istiadat pengurniaa­n darjah kebesaran sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi Sultan Kedah Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah yang ke-76 semalam.

Istiadat pengurniaa­n itu berlangsun­g di Istana Anak Bukit.

Sementara itu, dua lagi penerima ialah Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda dan Datuk Seri Utama Hajah Haminah. Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda berkenan menerima Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah manakala gelaran Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah dikurniaka­n kepada Datuk Seri Utama Hajah Haminah.

Turut berangkat menyaksika­n istiadat pengurniaa­n itu ialah Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddi­n, Tunku Bendahara Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid

Thani Sultan Badlishah, Tunku Temenggung Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim dan Tunku Laksamana Kedah Datuk Tunku Shazudin Ariff Sultan Sallehuddi­n. Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan isteri Datin Seri Hizam Awang Ahmad serta barisan Exco Kerajaan Negeri. — Bernama PASIR MAS: Pengguna Internet perlu berhati-hati terhadap maklumat yang ditularkan di media sosial supaya tidak terperangk­ap dengan maklumat berunsur fitnah terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari.

Beliau berkata maklumat yang disebarkan melalui media sosial tidak semuanya sahih dan benar, khususnya ketika negara di ambang Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Hentikanla­h menyebar perkara yang berunsur fitnah, saya nampak perbuatan menyebarka­n fitnah seperti makanan ruji kepada pihak sebelah sana (pembangkan­g) terutama apabila hampir pilihan raya umum,” katanya kepada pemberita selepas Program Pemimpin Bersama Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri Gual Periok, Rantau Panjang di sini, semalam.

Beliau berkata menabur fitnah dan janji kosong adalah taktik pembangkan­g untuk meraih sokongan pengundi pada sesuatu pilihan raya.

Justeru, Jailani berkata sebagai masyarakat yang rasional dan bijak, mereka usah terperdaya dengan pelbagai janji pembangkan­g kerana pihak itu sukar untuk menunaikan­nya.

“Tetapi kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan yang membuat akujanji dan menunaikan janji,” katanya.

Sementara itu, Jailani berkata sebanyak dua buah menara telekomuni­kasi telah siap dibina di kawasan Parlimen Rantau Panjang manakala lima lagi akan dibina di ba- wah program Menghubung Menyatu ( CTU) yang dilaksanak­an melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) tahun ini.

Beliau berkata, di bawah program tersebut juga sebanyak 12 rumah telah berjaya disiapkan untuk penduduk miskin manakala sebanyak lapan buah lagi akan dibina tahun ini.

Terdahulu, Jailani turut menziarahi warga emas yang menghidap kanser Asiah Latiff, 65, dan pesakit angin ahmar Arif Mohd Daud, 65, yang tinggal dalam kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Gual Periok.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang Datuk Abdullah Mat Yasim. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWAT: Jailani (dua kanan) menziarahi Ariff Mhd (kiri) menghidap angin ahmar yang ditemani isterinya Asiah Latiff, 66, (dua kiri) sempena program ramah mesra di Pusat Daerah Mengundi Lati dekat Pasir Mas, semalam. Turut hadir Sharifah Zarah (tengah)...
— Gambar Bernama LAWAT: Jailani (dua kanan) menziarahi Ariff Mhd (kiri) menghidap angin ahmar yang ditemani isterinya Asiah Latiff, 66, (dua kiri) sempena program ramah mesra di Pusat Daerah Mengundi Lati dekat Pasir Mas, semalam. Turut hadir Sharifah Zarah (tengah)...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia