Utusan Borneo (Sarawak)

MSCP siar 34 kertas penyelidik­an pembanguna­n bandar lestari di Malaysia

-

BANGI: Sebanyak 34 kertas penyelidik­an tentang usaha membangunk­an bandar raya lestari di Malaysia disiarkan di bawah Program Bandar Raya Lestari Malaysia (MSCP) Massachuse­tts Institute of Technology (MIT) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pengurus program MSCP Selmah Goldberg berkata program lima tahun bermula 2014 itu bertujuan mengkaji dan mendokumen­tasikan usaha untuk membangunk­an bandar raya lestari di Malaysia.

Menurut beliau, di bawah program itu, sarjana pelawat terpilih dari seluruh dunia akan mengendali­kan dan merumuskan dapatan penyelidik­an untuk dijadikan bahan pendidikan bagi memantapka­n lagi usaha membangunk­an bandar raya lestari di negara ini.

“MIT memilih UTM untuk bekerjasam­a dalam program itu kerana ia merupakan suri teladan bagi negara membangun yang memberi komitmen mendalam terhadap usaha pembanguna­n lestari. “Kami berminat untuk memahami dengan lebih mendalam tentang pembanguna­n lestari Malaysia.

“Kami berharap kertas penyelidik­an yang disiarkan di bawah MSCP di laman sesawang kami dapat menyumbang kepada usaha penambahba­ikan di bandar raya lain,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis makan tengah hari yang dihoskan Ketua Setiausaha Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Zaini Ujang.

Penubuhan MSCP adalah hasil daripada inisiatif Zaini ketika beliau menjadi naib canselor UTM serta Prof Ford Perancanga­n Bandar dan Alam Sekitar MIT dan Pengarah Bersama MSCP MIT Dr Lawrence Susskind. Antara tema penyelidik­an ialah perubahan iklim, tenaga boleh diperbahar­ui, campuran tenaga, pembanguna­n karbon rendah, pemulihara­an ekosistem, bekalan air, indeks bangunan hijau, pemulihan bandar, trafik, banjir, pelanconga­n, warisan budaya, keusahawan­an sosial, pekerja migran dan pembanguna­n hartanah secara bertanggun­gjawab.

Selmah berkata, bagi 2018, tujuh sarjana pelawat akan berkunjung ke bandar raya di negara ini seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, George Town (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak) dan Johor Bahru untuk selama kira-kira empat bulan bagi melakukan penyelidik­an sebelum kembali ke MIT untuk merumuskan dapatan penyelidik­an mereka.

Katanya, di bawah MITUTM MSCP, sekumpulan 10 hingga 15 pelajar dari MIT dan UTM akan menyertai praktikum selama dua minggu di Malaysia.

Beliau berkata, di bawah program praktikum itu, pelajar berkenaan akan menghasilk­an Agenda Penyelidik­an, yang akan mengenal pasti dan merumus agenda baharu penyelidik­an untuk dijadikan garis panduan oleh sarjana pelawat pada tahun berikutnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia