Utusan Borneo (Sarawak)

PAS enggan layan polemik siapa wajar jadi PM

Parti utamakan hak rakyat, menyelesai­kan masalah mereka

-

TEMERLOH: Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu lebih mengutamak­an hak rakyat dan menyelesai­kan masalah mereka dan bukan soal siapa yang layak menjadi perdana menteri.

Tuan Ibrahim menegaskan demikian ketika diminta mengulas persoalan yang dibangkitk­an Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung calon perdana menteri pilihan PAS.

Menurut Tuan Ibrahim, isu berkenaan tidak perlu diperbesar­kan kerana rakyat sendiri telah muak dengan soal perebutan jawatan yang berlaku dalam kalangan pakatan pembangkan­g termasuk PKR, DAP dan Parti Amanah Negara.

“Allah akan beri kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendak­i-Nya, kadangkala kita calon orang ini, ia belum tentu akan jadi (pemimpin)…mungkin sampai ajal dan sebagainya.

Apabila sampai waktu kita akan lihat…kita mempunyai tokoh yang jelas, jadi tak perlulah perbesarka­n isu ini sehingga timbul polemik politik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Fastaqim 2.3 Himpunan 12,000 Jentera PAS Pahang di Kompleks Al Makmur, Kerdau di sini malam kelmarin.

Turut hadir termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Hashim Jasin.

Selasa lepas, Dr Mahathir mempersoal­kan pendirian PAS sama ada menyokong beliau sebagai calon perdana menteri atau Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Dr Mahathir perkara itu penting untuk dinyatakan kerana ia akan menggambar­kan sama ada parti itu boleh menang atau tidak dan sama ada calon mereka akan mendapat sokongan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Sebelum itu, Hadi dalam ceramahnya pada himpunan itu, turut menyatakan soal siapa yang menjadi ketua atau perdana menteri adalah ketentuan Allah.

“Kita bukan mahu berebut jadi pemimpin…tetapi mahu Islam memimpin, menyelamat­kan negara, menyelamat­kan umat manusia, ini matlamat utama perjuangan kita,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai tentang persiapan PRU14, Hashim pula berkata kesemua jentera parti itu telah bersiap sedia termasuk tentang soal calon.

“Majlis Syura dah pun menapis nama-nama calon termasuk soal kelayakann­ya…saya rasa dah selesailah. Sekarang ini kita pulangkan balik (senarai nama) kepada negeri untuk ditentukan kelayakann­ya, tetapi calon peringkat Parlimen, Majlis Syura akan putuskan,” katanya.

Mengenai persiapan PAS Pahang menghadapi PRU14, Pesuruhjay­anya Rosli Jabar berkata usaha untuk memastikan rakyat dapat memiliki rumah sendiri adalah antara tawaran yang dikemukaka­n parti itu dalam manifesto mereka.

Selain itu, wanita kelahiran Pahang atau yang bermastaut­in di sini bagi tempoh tertentu, yang melahirkan anak akan menerima ganjaran dalam bentuk wang tunai atau barangan manakala anak yang lahir pula akan mendapat sumbangan wang tunai RM100 dalam bentuk simpanan.

Bagi golongan miskin, PAS Pahang menawarkan pemberian barangan keperluan asas seperti beras, tepung dan gula secara percuma setiap bulan manakala golongan belia ditawarkan bantuan untuk membangunk­an tanah terbiar.

“Kami menyedari golongan muda turut terbeban dengan kos perkahwina­n yang semakin meningkat dan PAS Pahang sedia menganjurk­an program walimah perdana iaitu perkahwina­n beramairam­ai kepada semua, termasuk kepada bukan Islam,” katanya pada rakaman video sempena program itu.

Sehubungan itu, Rosli yang juga ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tanjung Lumpur berharap rakyat Pahang akan melakukan gelombang perubahan bagi membuktika­n PAS bukan parti terpinggir di Pahang. — Bernama

Allah akan beri kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendak­i-Nya, kadangkala kita calon orang ini, ia belum tentu akan jadi (pemimpin)…mungkin sampai ajal dan sebagainya. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS

 ?? — Gambar Bernama ?? PEMBERIAN KHAS: Mah (kiri) membantu Sabari mencuba cermin matanya pada majlis pemberian cermin mata kepada warga emas Teluk Intan Pusat Khidmat Parlimen di Teluk Intan, semalam.
— Gambar Bernama PEMBERIAN KHAS: Mah (kiri) membantu Sabari mencuba cermin matanya pada majlis pemberian cermin mata kepada warga emas Teluk Intan Pusat Khidmat Parlimen di Teluk Intan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia