Utusan Borneo (Sarawak)

Sultan Johor bertindak sebagai pendamai selesai isu perobohan kuil

-

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar semalam berkenan bertindak sebagai pendamai dalam mencari penyelesai­an terhadap isu perobohan sebuah kuil Hindu di Seri Alam, barubaru ini.

Usaha pendamai dilakukan ketika baginda berkenan menerima menghadap beberapa wakil Persatuan Penganut Dewa Shree Sivasakthi Shree Sinnakarup­par dengan diiringi Anggota Exco Negeri Johor, R. Vidyananth­an di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi.

Gambar-gambar pertemuan baginda bersama pihak berkenaan telah dimuat naik dalam laman Facebook rasmi baginda.

Turut kelihatan dalam pertemuan itu ialah anakanda baginda Tunku Temenggung Johor, Tunku Idris Iskandar.

Dalam entri di laman Facebook itu susulan pertemuan berkenaan, Sultan Ibrahim bertitah baginda akan memastikan satu lokasi baharu disediakan oleh kerajaan negeri untuk membina semula kuil itu.

Sultan Ibrahim juga memaklumka­n bahawa baginda dan Tunku Idris masing-masing turut berkenan menawarkan bantuan wang tunai sebanyak RM100,000 dan RM70,000 kepada jawatankua­sa kuil untuk menampung kos pemindahan kuil ke tapak baharu.

Baginda juga menggesa semua pihak agar memberikan kerjasama penuh bagi menyelesai­kan perkara itu secara baik tanpa perlu diperbesar-besarkan lagi.

Sebelum ini, kerajaan negeri difahamkan telah pun menawarkan kepada pihak pengurusan kuil sebidang tanah baharu yang dirizabkan sebagai tapak kuil di Jalan Persisiran, Seri Alam tetapi ditolak oleh pengurusan kuil yang bertegas mahu kekal di tapak sedia ada.

Kuil berusia 80 tahun itu mencetuska­n kontrovers­i barubaru ini berikutan perobohann­ya pada 11 Jan lalu selepas pemilik sah tanah mendapat kebenaran perintah mahkmah yang dipohon secara persendiri­an setelah semua rundingan dengan pengurusan kuil menemui kegagalan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KIBAR BENDERA: Adnan (tengah) mengibarka­n bendera Wilayah Persekutua­n bersama warga Putrajaya pada Majlis Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutua­n di Dataran Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama KIBAR BENDERA: Adnan (tengah) mengibarka­n bendera Wilayah Persekutua­n bersama warga Putrajaya pada Majlis Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutua­n di Dataran Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia