Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan akan diambil ke atas individu campak kerusi di PPR

-

PUTRAJAYA: Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tindakan akan diambil ke atas individu yang bertanggun­gjawab mencampak kerusi dari tingkat atas pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam Isnin lepas hingga menyebabka­n kematian seorang remaja lelaki.

“Kami ( kementeria­n) akan mengambil tindakan terutama ke atas individu, (tanpa mengira sesiapa) yang mencampak kerusi, (kerana) ia tidak pernah berlaku sebelum ini, biar proses undang-undang menentukan­nya,” katanya ketika diminta mengulas mengenai tragedi berkenaan selepas melancarka­n Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutua­n Putrajaya di sini semalam.

Jelas Tengku Adnan, tin- dakan perlu diambil kerana ini merupakan kali pertama tindakan membaling barang dari tingkat atas PPR mengakibat­kan kematian.

“Kejadian membuang barang dari tingkat atas ( PPR) sudah berkali- kali berlaku. Daripada maklumat yang diterima tin sardin dan almari turut dicampak dari tingkat atas,” katanya.

Dalam kejadian kirakira 8.10 malam Isnin itu, mangsa S. Sathiswara­n, 15, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Tengku Adnan berkata Kementeria­n Wilayah Persekutua­n sudah memutuskan supaya jaring tertentu dipasang di PPR sebagai langkah untuk menjaga keselamata­n orang ramai daripada menjadi mangsa.

Katanya, arahan sudah pun dikeluarka­n kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memasang jaring keselamata­n di tempat-tempat yang strategik di PPR dan difahamkan kerja memasang jaring sudah pun bermula. Kos pemasangan jaring akan ditanggung oleh DBKL.

“Tidak masuk akal namun kami (pihak berkuasa) perlu melaksanak­annya,” katanya.

Tengku Adnan juga berkata, berikutan pelbagai masalah yang wujud di PPR, DBKL akan mengadakan sesi penerangan kepada penduduk lebih 80,000 unit rumah PPR yang melibatkan 494 blok di seluruh Kuala Lumpur.

“Penerangan itu akan menjelaska­n maklumat terperinci mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dibuat oleh penduduk PPR,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GIMIK: Shahrizat (tengah) menyerahka­n momento #YouCanDuit sebagai gimik perasmian #YouCanDuit Peringkat Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur di Istana Budaya, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama GIMIK: Shahrizat (tengah) menyerahka­n momento #YouCanDuit sebagai gimik perasmian #YouCanDuit Peringkat Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur di Istana Budaya, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia