Utusan Borneo (Sarawak)

Hazard ledak dua gol ketika bantu Chelsea raih kemenangan pertama 2018 tewaskan Brighton 4-0 di gelanggang lawan

-

LONDON, England: Sergio Aguero menjaringk­an hatrik ketika Manchester City mengembali­kan kelebihan 12 mata di singgahsan­a Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 3- 1 ke atas Newcastle United di tempat sendiri Sabtu lepas.

Rekod 30 perlawanan tanpa kalah City, sepanjang dua musim, berakhir apabila tewas 3-4 kepada Liverpool di Anfield minggu lepas.

Tetapi mereka kembali ke landasan kemenangan di mana pengurusny­a, Pep Guardiola, berkata mereka memerlukan 10 lagi kemenangan untuk mengesahka­n kejuaraan liga.

Kelebihan mereka di tangga teratas liga dirapatkan beberapa jam sebelum itu apabila pencabar terdekat, Manchester United menewaskan Burnley 1-0.

Namun semuanya kembali seperti sebelum perlawanan apabila Aguero membuka jaringan dari satu hantaran Kevin de Bruyne pada minit ke-34 perlawanan di Stadium Etihad.

Aguero menambah jaringan dari satu tendangan penalti pada minit ke-63 selepas Raheem Sterling dijatuhkan Javier Manquillo dalam kotak penalti.

N e w c a s t l e berjaya merapatkan kedudukan empat minit kemudian dari satu cubaan Jacob Murphy tetapi City kembali dengan kelebihan

Kami memerlukan kemenangan ini selepas (kekalahan) minggu lepas. Sergio Aguero Penyerang sensasi Manchester City

dua gol apabila Aguero melengkapk­an hatrik yang ke-11 beliau bersama City ketika permainan berbaki tujuh minit permainan dari satu umpanan cantik Leroy Sane.

“Kami memerlukan kemenangan ini selepas (kekalahan) minggu lepas,” kata Aguero ketika memberitah­u penyiaran BT Sport. “Ia bagaiman- a p u n s a t u musim y a n g p a n - j a n g d a n kami belum memenangi apa-apa.” Guardiola menambah: “Kami memerlukan 10 lagi kemenangan untuk menjadi juara. Ia adalah penting bagaimana kami bangkit ketika mereka merapatkan kedudukan 2-1, kami tidak panik.” Arsenal menunjukka­n bahawa ada kehidupan selepas perpindaha­n Alexis Sanchez apabila menewaskan Crystal Palace 4-1. Dengan Sanchez hampir pasti memuktamad­kan perpindaha­n bernilai 35 juta pound ke Manchester United, pengurus Arsenal, Arsene Wenger tidak langsung menyenarai­kan penyerang antarabang­sa Chile itu ke dalam skuad perlawanan. Sebarang kebimbanga­n Arsenal bergelut mencari gol bagaimanap­un tidak kelihatan apabila mendahului 4-0 pada 22 minit pertama perlawanan di Stadium Emirates menerusi gol Nacho Mon- real, Alex Iwobi, Laurent Koscielny dan Alexandre Lacazette sebelum Luka Milivojevi­c menjaringk­an gol saguhati Palace pada lewat permainan.

Arsenal bagaimanap­un kekal di luar empat pasukan teratas liga dengan kemenangan itu tetapi Wenger berkata: “Kami bermain di tahap terbaik dalam separuh masa pertama.”

Di Turf Moor, Anthony Martial menjaringk­an gol tunggal kemenangan United untuk gol liga ketiga beliau dari beberapa perlawanan.

Pengurus United, Jose Mourinho, tidak menyenarai­kan pemain tengah, Henrikh Mkhitaryan, yang terlibat dengan perpindaha­n Sanchez dalam skuad perlawanan dan selepas itu, beliau menjelaska­n proses perpin- dahan Sanchez akan selesai dalam masa terdekat.

“Ia semakin selesai. Saya tahu pengurusan pasukan (United) melakukan apa yang mereka mampu untuk mempercepa­tkan proses ini.”

Tetapi Wenger memberi amaran: “( Perpindaha­n) Sanchez hanya akan disahkan jika Mkhitaryan tiba di sini, ia akan ditentukan dalam 24 jam akan datang.”

Pada perlawanan lain, Chelsea menang 4- 0 di Brighton untuk memintas Liverpool ke tangga ketiga liga, dengan Liverpool boleh merampas kembali kedudukan sekiranya menewaskan Swansea City pada perlawanan lewat.

Kemenangan pertama Chelsea pada tahun 2018 menyaksika­n Eden Hazard menjaringk­an dua gol, selain gol Willian dan Victor Moses.

West Bromwich Albion seri 1-1 dengan Everton dengan Jay Rodriguez membuka jaringan buat West Brom tetapi Theo Walcott, pada penampilan sulung bersama Everton sejak perpindaha­n dari Arsenal pada pertengaha­n minggu, mengumpan bola kepada Oumar Niasse untuk mengikat kedudukan pada minit ke-70.

Pengurus baharu Stoke City, Paul Lambert, memulakan tugas dengan kemenangan 2-0 ke atas Huddersfie­ld menerusi gol Joe Allen dan Mame Biram Diouf dan melangkah keluar dari zon penyingkir­an.

Leicester City menewaskan Watford 2-0 sementara West Ham United dan Bournemout­h seri 1-1. — AFP

 ?? — Gambar AFP — Gambar Reuters ?? PRESTASI HEBAT: Aguero ceria selepas menjaringk­an gol ketiga City dan melengkapk­an hatriknya ketika membantu pasukannya menewaskan Newcastle pada perlawanan liga di Stadium Etihad, Manchester Sabtu lepas. GOL PEMBUKAAN: Hazard (dua kanan) melepaskan...
— Gambar AFP — Gambar Reuters PRESTASI HEBAT: Aguero ceria selepas menjaringk­an gol ketiga City dan melengkapk­an hatriknya ketika membantu pasukannya menewaskan Newcastle pada perlawanan liga di Stadium Etihad, Manchester Sabtu lepas. GOL PEMBUKAAN: Hazard (dua kanan) melepaskan...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia