Utusan Borneo (Sarawak)

Klopp mahu The Reds terus pulihara rentak cemerlang

-

LIVERPOOL, England: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan beliau tidak hilang fokus dengan pasukannya kini belum tewas dalam 18 perlawanan menjelang kunjungan ke Swansea City hari ini.

Liverpool beraksi cemerlang dalam beberapa perlawanan terakhir dan juga menamatkan impian Manchester City untuk mengharung­i musim ini tanpa kalah apabila menang 4-3 pada perlawanan menarik di Anfield minggu lepas.

Liver- be- pool juga memlasah Swansea 5- 0 pada 26 Disember lepas tetapi Klopp memberitah­u pemainnya untuk melupakan statistik dan mengembali­kan fokus dengan perlawanan di selatan Wales. “Jika tiada siapa memberitah­u tahu berapa lama kami belum tewas, saya juga tidak tahu,” kata beliau. “Semua itu adalah sejarah dan saya tidak berminat. Anda boleh mengimbau kembali selepas satu musim, bukan semasa musim. Ia tidak penting.” Klopp menambah: “Kami mempunyai rentak yang baik ketika ini. Saya melihat pemain berlatih setiap hari dan ia kelihatan bagus, itulah kebenarann­ya, kerana itu kenapa kami bermain dengan baik setakat ini. “Tetapi kami harus melakukann­ya sekali lagi. Sebagai pemain Liverpool, anda tidak dapat beraksi baik pada satu minggu dan kemudian hilang rentak dalam dua minggu – kami perlu konsisten pada setiap hari dan setiap perlawanan. “Ia hanya satu lagi perlawanan dan saya tidak dapat bayangkan mana-mana perlawanan mudah dalam Liga Perdana. Dan menentang Swansea bukan satu perlawanan mudah. “Mereka berada di tangga terbawah tetapi mereka bermain dengan baik. Apa yang anda lihat sejak pengurus baharu datang adalah satu peningkata­n besar.”

Klopp mendedahka­n penjaga gol, Loris Karius akan terus diberi tugas dalam kesebelasa­n utama berbanding Simon Mignolet dengan Karius diberikan peluang untuk mengukuhka­n kedudukan beliau.

“Sudah tentu Loris harus menjalanka­n tugas, beliau mengetahui­nya tetapi sekarang beliau penjaga gol nombor satu,” jelas Klopp.

“Kami mengubah banyak posisi sepanjang tahun dan hanya dengan penjaga gol, ia kelihatan kami harus mengekalka­n kedudukan untuk 20 tahun jika kami membuat satu keputusan sahaja. Jadi saya mengubah pandangan saya tetapi saya sudah mengubah situasinya sekarang.”

Liverpool dijangka menurunkan pemain sayap, Mohamed Salah dan pemain pertahanan tengah, Ragnar Klavan dan Dejan Lovren selepas tiga-tiga pemain pulih dari masalah kesihatan.

Pemain termahal kelab, Virgil Van Dijk, meneruskan latihan selepas tidak beraksi ketika kemenangan ke atas Manchester City kerana kecederaan pangkal paha.

Pengurus Swansea, Carlos Carvalhal mendakwa perlawanan di Stadium Liberty adalah pertemuan “raksasa menentang Awang Kenit”.

Swansea berada di tangga terbawah liga tetapi ada sedikit peningkata­n selepas hanya tewas satu perlawanan dari lima perlawanan semenjak Carvalhal mengambil alih tugas. — AFP

 ??  ?? KLOPP
KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia