Utusan Borneo (Sarawak)

Poyet dilantik selaku jurulatih baharu Bordeaux

-

PARIS, Perancis: Kelab Ligue 1 Perancis, Bordeaux, melantik Gustavo Poyet sebagai jurulatih baharu, menurut pengumuman presiden kelab Sabtu lepas.

“Beliau mempunyai pengalaman menarik sebagai pemain. Beliau adalah seorang yang banyak mengembara, yang boleh berbahasa Perancis dan mempunyai banyak pengalaman budaya lain,” kata Stephane Martin ketika memberitah­u penyiaran Canal+ Sport ketika beliau mendedahka­n perjanjian pada akhir perlawanan di mana pasukannya menewaskan Nantes 1- 0 Sabtu lepas.

Poyet, warganegar­a Uruguay, tiba bersama-sama Mauricio Taricco dan Fernando Menegazzo sebagai penolong jurulatih.

Poyet menggantik­an Jocelyn Gourvennec, yang dipecat Khamis lepas ekoran dua kemenangan dan 10 kekalahan dari 14 perlawanan liga.

Kapten Bordeaux, Jeremy Toulalan juga dibenarkan meninggalk­an kelab, enam bulan sebelum tamat kontraknya.

Poyet, 50, menghabisk­an hampir sepanjang kerjaya sebagai pemain di England, bermain untuk Chelsea dan Tottenham Hotspur dan kemudian menjadi jurulatih kelab Brighton-Hove Albion dan Sunderland.

Beliau meninggalk­an Sunderland pada 2015 ketika pasukan itu bergelut dalam Liga Perdana dan kemudian membimbing kelab AEK Athens di Greece, Real Betis di Sepanyol dan Shanghai Shenhua di China.

Gol Nicolas De Preville membolehka­n Bordeaux menewaskan Nantes Sabtu lepas. — AFP

 ??  ?? POYET
POYET

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia