Utusan Borneo (Sarawak)

Zidane tertekan, Villarreal pintas Real

-

MADRID, Sepanyol: Villarreal memintas Real Madrid ke tangga keempat La Liga Sepanyol selepas menewaskan Levante 2-1 Sabtu lepas, sekali gus menambah tekanan ke atas jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane.

Valencia kehilangan dua pemain ketika dikejutkan 1-2 di kelab tercorot, Las Palmas sementara Atletico Madrid memberikan peluang kepada pendahulu liga, Barcelona untuk menjarakka­n lagi kedudukan selepas seri 1-1 dengan Girona.

Satu tendangan penalti Manu Trigueros pada minit ke-26 dan gol liga pertama Denis Cheryshev dalam hampir dua tahun, menyaksika­n Villarreal, yang menewaskan Real Madrid di Santiago Bernabeu buat kali pertama minggu lepas, mengumpul 34 mata, dua mata di hadapan Real Madrid.

Real, berkongsi 32 mata dengan Sevilla, yang menewaskan Espanyol 3-0 di Catalonia untuk kemenangan pertama liga buat jurulatih Vincenzo Montella sejak pelantikan­nya pada lewat bulan Disember.

Kali terakhir Real menamatkan saingan di luar empat tangga teratas liga ialah pada 2000, apabila mereka berada di tangga kelima tetapi memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara – setahun sebelum Zidane berpindah ke Real sebagai pemain ketika itu.

Real bagaimanap­un bermain kurang dua perlawanan dari pasukan di hadapan mereka dan perlu menewaskan Deportivo La Coruna pada perlawanan lewat untuk kembali dalam empat tangga teratas liga.

Tolakan Cheryshev, gol pertama dalam La Liga sejak Mac 2016, mengesahka­n kemenangan ke atas Levante, yang merapatkan kedudukan menerusi satu tendangan penalti pada minit akhir dari Roger.

Cheryshev, pemain antarabang­sa Rusia, bagaimanap­un dikeluarka­n pada minit ke-65 kerana kecederaan.

“Kami akan bersaing sehingga ke akhir musim untuk berada di kedudukan tertinggi (dalam liga) yang kami mampu. Sekarang kami di tangga keempat tetapi Real belum beraksi,” kata Calleja.

Gol pertama Antoine Griezmann dalam enam perlawanan liga tidak memadai buat Atletico apabila hanya mampu seri 1-1 dengan Girona, memberikan peluang kepada Barcelona untuk menjarakka­n lagi kedudukan mereka.

Keputusan seri di Stadium Wanda Metropolit­ano itu bermakna Atletico kekal di tangga kedua tetapi lapan mata di belakang Barcelona, yang bermain lewat menentang Real Betis.

Valencia, tiga mata di belakang Atletico, mensiasiak­an peluang untuk merapatkan kedudukan apabila dikejutkan di Las Palmas, dengan pemain pertahanan­nya, Gabriel, dibuang padang selepas menerima dua kad kuning dan menghadiah­kan tendangan penalti kepada pasukan tuan rumah sebelum rakan di posisi pertahanan tengah beliau, Ruben Vezo, juga dibuang padang ketika berbaki tiga minit permainan kerana menyiku Jonathan Calleri. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia