Utusan Borneo (Sarawak)

Chor menjadi maskot SUKMA Perak 2018

-

IPOH: Seladang yang dinamakan Chor menjadi maskot Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-19 Perak 2018 Wow! Kita Hebat yang akan berlangsun­g di negeri ini, pada September depan.

Seladang dipilih sebagai maskot SUKMA ke-19 kerana ia merupakan haiwan legenda yang terkenal di negeri ini.

Selain pelancaran maskot, logo dan lagu tema SUKMA ke-19, turut dilancarka­n oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada majlis gilang gemilang di Bulatan Amanjaya, Meru di sini, malam kelmarin.

Lagu tema “Wow! Kita The Greatest” dihasilkan oleh komposer terkenal tanah air Datuk Wah Idris yang merupakan pencipta lagu ‘Standing In The Eyes Of The World’ pada Sukan Komanwel 1998.

Sementara itu, logo SUKMA ke-19 menggabung­kan simbol manusia yang mewakili semangat juang para atlet selain simbol gelombang air yang melambangk­an Sungai Perak sebagai sungai kedua terpanjang di Semenanjun­g Malaysia.

Zambry dalam ucapannya berkata 11,000 atlet dan pegawai daripada 14 kontinjen seluruh negara akan menyertai temasya dwitahunan itu yang akan berlangsun­g dari 12 hingga 22 Sept.

Katanya SUKMA merupakan satu temasya yang dapat memperting­katkan mutu sukan serta daya saing atlet di peringkat negeri dan kebangsaan.

“Di samping itu, ia dapat menggalakk­an negeri-negeri untuk menyediaka­n kemudahan prasarana sukan bertaraf antarabang­sa untuk atlet demi kecemerlan­gan masing-masing.

Temasya ini juga dilibat sebagai agenda terbaik dalam memupuk semangat integrasi nasional dalam kalangan atlet dan masyarakat pelbagai kaum di negara ini,” kata Zambry. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia