Utusan Borneo (Sarawak)

Pekala berjaya rangkul Piala Veteran Felcra-MuFA 2017

-

MUKAH: Pekala berjaya merangkul Piala Veteran FelcraMuFA 2017 apabila berjaya menumpaska­n Legend United dengan kemenangan 4-1 pada perlawanan akhir di Stadium Mukah petang semalam.

Dua gol dijaringka­n oleh Razak Ismail manakala Ramos Sari dan Zulkarnain Poasa masing- masing menyumbang­kan satu gol. Sementara gol tunggal pasukan Legend United dijaringka­n oleh Henry Selahat.

Walaupun permainan agak seimbang namun serangan Legend United boleh dianggap tumpul dan boleh dipatahkan dengan mudah oleh barisan pemain pertahanan Pekala dengan mudah.

Berbanding pasukan Pekala yang menampilka­n hampir 80 peratus bekas pemain Skuad Bujang Senang serangan diatur lebih berbisa dan berkesan ke atas pasukan lawan.

Sementara itu, KSRB FC mendapat tempat ketiga apabila menewaskan Tellian Laut dengan 3-2 pada aksi Sabtu lalu.

Kedua-dua pasukan mulanya terikat 2-2 ketika wisel ditiup pada sepenuh masa namun masa tambahan akhirnya berpihak kepada KSRB FC apabila berjaya satu gol berjaya dijaringka­n.

Sebanyak lapan pasukan berentap merebut kejuaraan pada edisi kedua ini dan dibahagika­n kepada dua kumpu- lan iaitu Kumpulan A terdiri pasukan Pekala, Otai United, Kanatep dan Legend United.

Sementara Kumpulan B terdiri Tellian Laut, Dalat O, KSRB FC dan Old Star FC.

Setelah bermain dalam liga berkumpula­n, dua pasukan teratas setiap kumpulan akhirnya menempah tiket ke separuh akhir iaitu Pekala dan Legend United dari Kumpulan A manakala KRSB FC dan Tellian Laut bagi Kumpulan B.

Turut hadir menyaksika­n perlawanan akhir semalam ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi dan Timbalan Presiden MuFA, Sarjan Ajehar Bakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia