Utusan Borneo (Sarawak)

Ed Sheeran, Dua Lipa dahului pencalonan Brit Award

-

ALBUM paling laris Ed Sheeran yang terbaharu akan bersaing dengan empat sajian yang membuat penampilan sulung di Anugerah Brit pada tahun ini, termasuk satu oleh bintang pop cemerlang Dua Lipa, yang turut mendominas­i pencalonan pada Sabtu.

Sheeran, penyanyipe­nulis lagu dengan ‘Divide’ yang merupakan album paling cepat dijual dalam sejarah bagi seorang artis solo lelaki di Britain, dicalonkan dalam kategori artis solo terbaik dan kategori album terbaik untuk anugerah pada 21 Februari itu.

Sementara itu Dua Lipa, 22, menerima lima pencalonan, termasuk bagi artis solo wanita terbaik British, di mana dia akan bersaing dengan pemenang pada 2015 Paloma Faith, penyanyi rap-penyajak Kate Tempest, Jessie Ware dan Laura Marling.

Dua Lipa juga antara empat orang artis dengan album studio lengkap pertama yang telah dicalonkan. Bintang ‘grime’ Stormzy, penyanyi Rag’N’Bone Man dan penyanyi rap J Hus menyertain­ya dan Sheeran untuk hadiah album terbaik.

Dalam kategori lelaki solo, Sheeran menentang penyanyi utama kumpulan Oasis, Liam Gallagher, Stormzy, penyanyi rap dari London, Loyle Carner dan Rag’N’Bone Man.

Calon kumpulan terbaik British adalah Gorillaz, London Grammar, Royal Blood, Wolf Alice dan The xx.

Penyanyi-penulis lagu Sampha, yang memenangi Hadiah Mercury pada tahun lepas, bersaing dengan Dua Lipa dan beberapa penyanyi rap, J Hus, Loyle Carner dan Dave dalam kategori artis cemerlang British.

Dalam kategori antarabang­sa, Foo Fighters, Haim, The Killers, LCD Soundsyste­m dan Arcade Fire bertanding untuk kumpulan terbaik.

Taylor Swift, Lorde, Bjork, Pink dan Alicia Keys bertanding untuk wanita antarabang­sa terbaik manakala Childish Gambino, Beck, DJ Khaled, Drake dan Kendrick Lamar merebut gelaran lelaki antarabang­sa terbaik.

Anugerah Brit pada tahun lepas didominasi David Bowie, yang memenangi dua anugerah selepas kematianny­a bagi artis solo terbaik dan album terbaik untuk “Blackstar”. — AFP

 ??  ?? DUA LIPA
DUA LIPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia