Utusan Borneo (Sarawak)

Taman rimba tertua di dunia antara lokasi menarik perkongsia­n travelog ‘Ekolibur’

-

MENEROKA keindahan alam semulajadi di seluruh negara di mana kebanyakan tempat masih belum tular di kalangan pengunjung, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak orang ramai menonton travelog terbaharu bertajuk ‘Ekolibur’ yang mula bersiaran pada 28 Januari ini, setiap Ahad, jam 6.00 petang hanya menerusi saluran TV1.

Dikendalik­an oleh Taufiq Hanafi, program setengah jam ini membawa penonton menjelajah dan menikmati keindahan tempat yang mempunyai sejarah tersendiri malah ada juga yang sebelum ini jarang dilawati orang ramai.

Antaranya hos yang dibantu oleh Farouq Hj Omar ke Kuala Gandah, Pahang iaitu pusat konservasi gajah dimana gajah gajah dilindungi dan dipelihara, melawat Kenong iaitu sebuah taman rimba yang tertua di dunia, ke pusat peranginan di Bentong Pahang yang bernama Tanah Aina dan melawat pusat peranginan Laketown di Perak.

Ketahui dengan lebih lanjut lagi pengisian kunjungan mereka di Kuala Gandah, Pahang dimana di situ ada 26 ekor gajah yang dipelihara dan dilatih supaya kekal sihat dan terlatih.

Ada juga gajah yang diselamatk­an kerana telah terkena jerat. Mereka kemudian mandikan gajah di sungai. Setelah petang mereka pun bergerak ke ladang durian untuk menginap.

Pada sebelah pagi mereka dibawa oleh pengurus, En Kam melawat ladang durian. Kemudian mereka melawat Deerland dimana rusa dibela di situ oleh En Abdullah.

Perkongsia­n menarik pastinya kunjungan Taufiq Hanafi bersama pembantuny­a Farouq Omar membawa penonton melawat Kenong iaitu sebuah taman rimba yang tertua di dunia.

Ia diambil sempena nama sungai Kenong yang mengalir sepanjang taman rimba itu.

Taman Rimba Kenong diuruskan oleh Jabatan Perhutanan yang membina pusat penginapan dan chalet bagi kemudahan pengunjung pengunjung. Mereka mulakan lawatan ke Gua Lukisan yang baru dikesan oleh pengunjung.

Seterusnya penonton dibawa ke pusat peranginan di Bentong Pahang yang bernama Tanah Aina.

Di situ mereka dilayan dengan mesra kerana bagi mempromosi­kan pusat peranginan ini kepada masyarakat yang masih tidak mengenali tempat ini.

Mereka di jamu makanan lazat serta buah durian jenis terbaik. Setelah puas menikmati keseronoka­n disitu mereka pun pulang.

Episod berikutnya Taufik Hanafi selaku hos program 13 episod ini melawat pusat peranginan Laketown di Perak. Bukit merah Laketown terletak 1.2 kilometer dari Plaza Tol Bukit Merah.

Terdapat pelbagai permainan untuk pengunjung di samping bilik-bilik yang cantik. Tarikan utama disitu adalah Wet Bubble dan menempatka­n 172 bilik penginapan untuk kemudahan pengunjung.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia