Utusan Borneo (Sarawak)

17 pekerja terbunuh dalam kebakaran kilang di New Delhi

-

NEW DELHI: Sekurangku­rangnya 17 pekerja telah terbunuh kelmarin dalam satu kebakaran di sebuah kilang di luar bandar ibu negara India, menurut pihak berkuasa.

Kebakaran bermula di tingkat bawah tanah sebuah kilang pengeluara­n plastik tiga tingkat di kawasan perindustr­ian Bawana di hujung utara New Delhi, yang disyaki oleh pihak berkuasa sebagai turut digunakan bagi menyimpan bunga api.

Kebakaran segera merebak ke atas dari tingkat bawah tanah, memerangka­p hampir 24 pekerja di tingkat atas, menurut seorang pegawai dari perkhidmat­an kecemasan di ibu negara.

Anggota penyelamat telah mengambil masa hampir dua jam untuk memadamkan api ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan hingga lewat malam.

“Sebanyak 17 mayat telah dikeluarka­n dari bangunan,” Praveen Kumar, seorang pegawai di ibu pejabat perkhidmat­an kecemasan Delhi, memberitah­u AFP.

Dua orang mengalami kecederaan dan telah dibawa ke hospital, tambah beliau.

Anggota penyelamat berasa kurang pasti mengenai nasib pekerja yang lain. Kebanyakan mangsa meninggal dunia akibat kelemasan, menurut pihak berkuasa.

Kerajaan telah melancarka­n satu siasatan bagi menentukan punca kebakaran.

Perdana Menteri Narendra Modi menyatakan beliau berasa “sangat sedih” dengan kemalangan tersebut.

“Ingatan saya adalah bersama dengan keluarga mereka yang kehilangan nyawa mereka. Semoga mereka yang tercedera akan segera pulih,” nyata beliau di dalam kenyataan Twitter.

Kemalangan maut di tempat kerja adalah biasa berlaku di India, di mana terdapat tahap keselamata­n yang kurang baik dan penguatkua­saan peraturan yang longgar.

Pada November, satu kebakaran besar- besaran di sebuah kilang plastik di bandar utara Ludhiana telah menyebabka­n 13 terkorban, termasuk tiga anggota bomba yang terkorban ketika bangunan tersebut runtuh.

Seramai 13 pekerja telah terbunuh pada November 2016 di New Delhi selepas sebuah kilang sementara musnah dalam satu kebakaran. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia