Utusan Borneo (Sarawak)

2 warga AS dan 2 Kanada mangsa culik dibebaskan

-

LAGOS: Dua warga Amerika Syarikat (AS) dan dua warga Kanada yang diculik dalam serangan hendap oleh lelaki bersenjata di utara Nigeria pada minggu ini dibebaskan kelmarin.

Pasukan keselamata­n Nigeria melancarka­n operasi mencari mereka selepas keempat- empat mereka diculik pada petang Selasa lepas di negeri Kaduna oleh penculik yang menembak mati dua anggota polis yang mengiringi mereka.

“Mereka sudah diselamatk­an berkat usaha polis,” kata jurucakap polis negeri Kaduna, Muktar Aliyu, yang menambah mereka terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita.

“Semua mereka dalam keadaan kesihatan yang baik” dan kini dalam jagaan kedutaan mereka, katanya.

Aliyu berkata mereka diselamatk­an kira-kira jam 5.00 pagi (waktu tempatan) dalam kawasan sama di mana mereka diculik, tetapi enggan memberi maklumat lanjut, dan hanya berkata ia adalah “maklumat sulit”.

“Saya tidak dapat mengesahka­n sama ada rundingan telah diadakan, wang tebusan telah dibayar ataupun tidak,” tambah Aliyu.

Seorang individu yang disyaki ada kaitan dengan penculikan itu penculikan terbaharu yang menyasari orang asing di Nigeria sudah ditangkap, katanya.

Empat warga Amerika Utara itu dengan identiti yang tidak diumumkan sedang menjalanka­n urusan peribadi di Kaduna ketika mereka diculik di jalan dari bandar Kafanchan ke ibu negara Abuja.

“Kami tahu mengenai laporan tentang dua warga AS yang diculik dan dibebaskan di Nigeria. Keselamata­n warga AS di seberang laut adalah antara keutamaan tertinggi kami. Disebabkan oleh pertimbang­an privasi, kami tidak ada kenyataan lanjut,” kata seorang pegawai Jabatan Negara AS kepada AFP.

Penculikan sudah lama menjadi masalah di negeri selatan Nigeria, di mana individu berprofil tinggi, ter- masuk keluarga ahli politik terkemuka, kerap diculik.

Namun selepas kelembapan ekonomi sejak beberapa tahun lalu, jenayah itu mula menular ke utara.

Nasihat perjalanan oleh Jabatan Negara menggesa warga AS untuk “menimbang semula” perjalanan ke Nigeria, dengan amaran bahawa “jenayah ganas seperti rompakan bersenjata, serangan, kecurian kereta, penculikan dan pencabulan biasa berlaku di negara itu”.

Tindakan ke atas kecurian lembu telah dikaitkan dengan jumlah penculikan yang semakin tinggi di utara negara, selepas penjenayah beralih kepada penculikan.

Jalan Kaduna-Abuja dike- tahui ramai sebagai tidak selamat. Ia merupakan perjalanan selama kira-kira dua setengah jam dengan menaiki kereta menerusi kampung dan kawasan lapang dan hutan.

Kawalan keselamata­n di laluan itu menarik tumpuan serius pada tahun lepas apabila kerajaan persekutua­n mengumumka­n penutupan lapangan terbang tunggal di negara itu untuk kerja membaik pulih landasan kapal terbang yang penting.

Banyak syarikat dan misi asing menasihatk­an kakitangan untuk membataska­n perjalanan mereka pada waktu penutupan ini, selepas semua penerbanga­n domestik dan beberapa penerbanga­n antarabang­sa dilencongk­an ke Kaduna.

Pada Julai 2016 atase pertahanan Sierra Leone ke Nigeria diculik oleh lelaki yang memakai seragam tentera dan bersenjata­kan raifal AK-47 di sebuah pos pemeriksaa­n palsu di jalan Abuja- Kaduna.

Dalam satu lagi kes penculikan ke atas orang asing, pada Oktober lalu, empat warga Britain termasuk seorang lelaki dan isterinya yang bekerja untuk sebuah badan amal Kristian diculik di Negeri Delta di tenggara negara.

Kerajaan Britain mengumumka­n pada bulan berikutnya bahawa salah seorang tebusan tersebut telah dibunuh, tetapi tiga lagi dibebaskan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia