Utusan Borneo (Sarawak)

Delegasi Korea Utara tiba di Seoul untuk Olimpik Musim Salji

-

SEOUL: Delegasi Korea Utara tiba di Seoul semalam untuk memeriksa venue dan menyediaka­n persembaha­n kebudayaan untuk Olimpik Musim Salji pada bulan depan, dalam lawatan pertama oleh pegawai Pyongyang ke Korea Selatan sejak empat tahun lalu.

Rakaman televisyen menunjukka­n sekumpulan tujuh pegawai yang diketuai Hyon Song-Wol, ketua kumpulan Moranbong yang popular dari Korea Utara, merentasi sempadan yang dikawal ketat di atas sebuah bas sebelum mereka tiba di stesen kereta api Seoul kira-kira sejam kemudian.

Pegawai yang kelihatan serius itu, dan dikeliling­i ratusan anggota polis Seoul, kelihatan turun dari bas sebelum mereka menaiki kereta api ke kota timur Gangneung, di mana salah satu konsert muzikal yang dirancang akan diadakan.

Hyon memakai kot gelap dan mafela bulu haiwan ketika dia menaiki kereta api tanpa bercakap kepada wartawan yang memenuhi stesen.

Lawatan itu merupakan yang pertama oleh pega- wai Pyongyang ke Korea Selatan sejak Presiden Korea Selatan berhaluan kiri Moon Jae-In, yang mendokong dialog dengan Korea Utara, memegang kuasa pada Mei lalu.

Lawatan itu diadakan dua minggu selepas negara jiran itu bersetuju untuk menghantar rombongan artistik dan atlet Pyongyang ke temasya Sukan Musim Salji yang dijadual bermula di pusat peranginan pergununga­n Pyeongchan­g di Korea Selatan pada 9 Februari.

Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa (IOC) kelmarin mengendos persetujua­n itu, dan berkata Korea Utara akan menghantar 22 atlet dalam sukan seperti ‘figure skating’ dan ‘speed skating’ litar pendek.

Seoul dan penganjur berharap temasya sukan itu, yang mereka telah promosikan sebagai “Olimpik Keamanan”, dapat meredakan ketegangan di semenanjun­g Korea yang melambung tinggi beberapa bulan lalu disebabkan oleh ketegangan di antara Korea Utara dengan Amerika Syarikat berhubung senjata nuklear Korea Utara. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia