Utusan Borneo (Sarawak)

Empat lelaki bersenjata serang hotel di Kabul

Sekurang-kurangnya lima maut, lapan cedera manakala tetamu panik panjat beranda selamatkan diri

-

KABUL: Lelaki bersenjata membunuh sekurangku­rangnya lima orang dan mencederak­an lapan lagi dalam satu serangan ke atas Hotel Interconti­nental di Kabul, kata pegawai semalam, manakala tetamu yang panik kelihatan memanjat beranda untuk menyelamat­kan diri.

Lebih 11 jam selepas serangan itu bermula, pasukan keselamata­n Afghan masih berusaha untuk mengosongk­an hotel, dengan sekurangku­rangnya seorang daripada empat lelaki bersenjata yang bebas, kata sumber keselamata­n.

“Lima orang Afghan terkorban,” kata jurucakap kementeria­n dalam negeri Najib Danish kepada pemberita dekat hotel, dan menambah 100 orang tebusan, termasuk 16 orang asing, sudah dibebaskan.

Sekurang-kurangnya dua penyerang terbunuh, kata Danish.

Imej dramatik yang disiarkan oleh Tolo News di Afghanista­n menunjukka­n api dan asap hitam tebal naik berkepul- kepul dari bahagian atas hotel enam tingkat itu.

Beberapa orang kelihatan memanjat beranda tingkat teratas menggunaka­n cadar tilam untuk menyelamat­kan diri, malah seorang terlepas genggaman dan terus ter- jatuh.

Empat lelaki bersenjata menyerbu hotel itu pada malam kelmarin, melepaskan tembakan ke arah tetamu dan kakitangan lalu menculik puluhan orang.

Belum ada pihak mengaku bertanggun­gjawab bagi serangan terbaharu di ibu kota Afghan yang musnah akibat peperangan itu, yang menyusuli siri amaran keselamata­n sejak beberapa hari lalu untuk mengelak hotel dan lokasi lain yang kerap dikunjungi orang asing.

Ia tidak jelas berapa ramai orang yang masih berada di dalam hotel yang pernah diserang oleh puak militan Taliban pada 2011.

Pada sebelah malam pasukan khas diturunkan oleh helikopter ke atas bumbung hotel mercu tanda itu, kata timbalan jurucakap kementeria­n dalam negeri Nasrat Rahimi kepada AFP sebelum ini.

Seorang tetamu yang bersembuny­i dalam sebuah bilik memberitah­u AFP dia dapat mendengar bunyi tembakan di dalam hotel 1960-an itu di mana puluhan orang yang menghadiri persidanga­n teknologi maklumat (IT) semalam menginap.

“Saya tidak tahu sama ada penyerang berada dalam hotel ataupun tidak tetapi saya dapat mendengar bunyi tembakan dari kawasan dekat tingkat pertama,” kata lelaki yang enggan dikenali itu menerusi telefon.

“Kami bersembuny­i di dalam bilik kami. Saya merayu kepada pasukan keselamata­n untuk menyelamat­kan kami secepat mungkin sebelum mereka sampai dan membunuh kami.”

Pengarah wilayah Afghan Telecom, Aziz Tayeb, yang menghadiri persidanga­n IT berkenaan, berkata dia melihat penyerang memasuki hotel ketika dia berjalan menuju ke pintu keluar.

“Segalanya menjadi huruhara dalam masa sesaat. Saya bersembuny­i di belakang tiang besar dan saya melihat orang yang seronok sesaat sebelum itu menjerit dan lari bertempiar­an, dan ada di antara mereka yang jatuh, terkena peluru,” kata Tayeb kepada AFP.

Penduduk tempatan Abdul Sattar berkata dia bercakap menerusi telefon dengan beberapa rakannya yang merupakan tukang masak dan pelayan di hotel itu dan terperangk­ap di dalam.

“Tiba-tiba mereka menyerang perhimpuna­n makan malam, kemudian mereka memecah masuk ke dalam bilik, menculik beberapa orang dan mereka menembak beberapa orang,” katanya kepada AFP.

Rahimi berkata penyerang dilengkapi senjata kecil dan bom tangan roket ketika mereka menyerbu hotel, yang merupakan venue popular bagi majlis perkahwina­n, persidanga­n dan perhimpuna­n politik.

Serangan besar terakhir ke atas sebuah hotel mewah di Kabul adalah pada Mac 2014 apabila empat remaja lelaki bersenjata menyerang Hotel Serena, dan membunuh sembilan orang termasuk wartawan AFP Sardar Ahmad.

Hotel Interconti­nental pernah diserang pada Jun 2011 apabila serangan nekad yang diakui dilancarka­n oleh Taliban membunuh 21 orang termasuk 10 orang awam.

Kawalan keselamata­n di Hotel Interconti­nental, yang bukan sebahagian daripada rangkaian global InterConti­nental, agak longgar jika dibandingk­an dengan hotel mewah lain di Kabul.

Sebelum serangan itu berakhir lagi, pihak berkuasa sudah bertanya bagaimana penyerang melepasi kawalan keselamata­n hotel, yang diambil alih oleh sebuah syarikat swasta tiga minggu lepas, kata Danish.

“Kita akan menyiasatn­ya,” katanya.

Seorang pekerja hotel memberitah­u AFP ketika dia lari dari asrama penginapan kakitangan yang terletak dalam sebuah bangunan yang bersebelah­an dengan hotel, dia melihat pengawal keselamata­n baharu lari lintang-pukang.

“Mereka tidak berbuat apaapa, mereka tidak menyerang. Mereka tidak ada pengalaman,” kata lelaki itu yang enggan dikenali. — AFP

 ??  ??
 ?? Gambar AFP ?? CEDERA: Pengawal syarikat swasta Afghan membantu rakan sekerja yang cedera berdekatan Hotel Interconti­nental berikutan serangan bersenjata di Kabul semalam.—
Gambar AFP CEDERA: Pengawal syarikat swasta Afghan membantu rakan sekerja yang cedera berdekatan Hotel Interconti­nental berikutan serangan bersenjata di Kabul semalam.—

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia