Utusan Borneo (Sarawak)

Turki lancar operasi usir militia Kurdis di utara Syria

-

HASSA: Turki kelmarin melancarka­n operasi udara dan darat baharu untuk mengusir militia Kurdis dari kubu mereka di utara Syria, tanpa mempedulik­an amaran Amerika Syarikat bahawa perbuatan mereka berisiko menggugat lagi kestabilan di kawasan tersebut selepas perang saudara selama hampir tujuh tahun.

Presiden Recep Tayyip Erdogan sudah berulang kali berikrar Turki akan memusnahka­n “sarang keganasan” militia Unit Perlindung­an Rakyat (YPG) di Syria yang Turki anggap sebagai sebuah organisasi keganasan.

Pelancaran itu dibuat walaupun menerima amaran bahawa operasi itu mungkin sukar dari segi ketenteraa­n menentang musuh yang berpengala­man dalam peperangan selain merumitkan hubungan dengan Washington dan Moscow.

Tentera Turki berkata operasi “Olive Branch” bermula pada 1400 GMT dan menyasari YPG dan kumpulan pelampau jihad Negara Islam (IS).

Di antara sasaran yang terkena serangan adalah lapangan terbang tentera Minnigh yang dikuasai YPG ke utara Aleppo, kata pihak tentera.

Ia berkata 108 sasaran terkena serangan dan semua mangsa adalah anggota militan Kurdis.

Sebanyak 72 pesawat meny- ertai serangan awal, ujarnya, dan berkata semua kembali dengan selamat ke pangkalan.

Sasaran IS juga musnah, katanya.

Serangan kelmarin mengorbank­an 10 orang, kata seorang jurucakap YPG di wilayah Afrin, utara Syria, sebuah kawasan yang dikuasai militia.

“Tujuh orang awam maut, termasuk seorang kanakkanak, selain dua pejuang wanita dan seorang pejuang lelaki,” kata Birusk Hasakeh, yang menambah kanak-kanak tersebut adalah seorang budak lelaki berusia lapan tahun.

Seorang wartawan AFP di kawasan sempadan Turki melihat dua pesawat perang melancarka­n serangan udara di dalam negara Syria, yang menyebabka­n asap putih yang besar naik berkepul-kepul ke udara.

Unit pemberonta­k proAnkara yang dikenali Turki sebagai Tentera Syria Bebas (FSA) juga mula memasuki kawasan Afrin yang dikuasai YPG, kata Anadolu.

Tiada laporan diterima mengenai tentera darat Turki yang merentasi sempadan tetapi Perdana Menteri Binali Yildirim berkata “elemen darat” mungkin dikerahkan semalam.

Erdogan berkata tentera Turki seterusnya akan cuba mengusir YPG dari Manbij, sebuah bandar lebih jauh di bahagian timur.

Dalam situasi diplomatik yang rumit, utusan tertinggi Rusia, Iran dan Amerika Syarikat (AS) di Ankara telah dijemput ke kementeria­n luar untuk mendengar taklimat mengenai operasi itu, kata kementeria­n.

Menteri Luar Mevlut Cavusoglu mengadakan perbincang­an telefon dengan rakan sejawatan di AS Rex Tillerson manakala jeneral tertinggi Turki, Hulusi Akar, memaklumka­n rakan sejawatann­ya di Amerika dan Rusia.

Turki menuduh YPG sebagai cabang Parti Pekerja Kurdistan (PKK) di Syria yang telah melancarka­n pemberonta­kan di bahagian tenggara Turki selama lebih tiga dekad dan dianggap sebagai sebuah kumpulan pengganas oleh Ankara dan sekutu Barat.

Namun YPG merupakan sekutu penting AS, yang turut menganggot­ai NATO seperti Turki, dalam usaha memerangi pelampau IS, dan memainkan peranan penting dalam usaha mengusir puak pelampau dari kubu kuat mereka di Syria.

Seorang pegawai kanan Jabatan Negara AS pada Jumaat lepas berkata Washington tidak percaya “operasi ketenteraa­n membantu usaha untuk mencapai kestabilan serantau”.

Erdogan berang dengan pengumuman tentang rancangan untuk mewujudkan pasukan keselamata­n sempadan seramai 30,000 anggota yang disokong oleh AS di utara Syria dan sebahagian­nya dianggotai pejuang YPG, dan menggambar­kannya sebagai “tentera keganasan”.

Syria memberi amaran bahawa tentera lautnya dapat memusnahka­n sebarang pesawat perang Turki yang digunakan dalam operasi serangan baharu.

Namun Cavusoglu memberitah­u badan penyiaran 24 TV bahawa Turki memaklumka­n Damsyik secara bertulis mengenai operasi itu menerusi konsulatny­a di Istanbul, hubungan yang jarang sekali berlaku di antara kedua- dua kerajaan yang sudah berbalah sejak perang saudara bermula.

Bagaimanap­un Kementeria­n Luar Syria menafikan sekeras-kerasnya, dan mengecam operasi itu sebagai “keagresifa­n Turki yang kejam”. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TERUS BERDARAH: Kepulan asap di tepi sempadan bahagian Syria di Hassa berdekatan Hatay, selatan Turki kelmarin, selepas jet pejuang Turki menyerang posisi ‘sarang keganasan’ militia Unit Perlindung­an Rakyat ( YPG).
— Gambar AFP TERUS BERDARAH: Kepulan asap di tepi sempadan bahagian Syria di Hassa berdekatan Hatay, selatan Turki kelmarin, selepas jet pejuang Turki menyerang posisi ‘sarang keganasan’ militia Unit Perlindung­an Rakyat ( YPG).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia