Utusan Borneo (Sarawak)

Mogok penjara Perancis hampiri minggu kedua

-

PARIS: Mogok penjara Perancis selama seminggu berpunca dari beberapa serangan banduan terhadap pengawal dijangka akan memasuki minggu kedua kelmarin menolak cadangan bagi menamatkan ketegangan.

Satu resolusi terhadap krisis telah dilihat sebagai semakin menghampir­i selepas dua dari tiga kesatuan utama penjara di Perancis, CGT dan Ufap-Unsa menangguhk­an satu tindakan bantahan bagi meletakkan cadangan baharu terhadap keselamata­n dan menyediaka­n pekerjaan untuk kakitangan selepas ketegangan selama seminggu.

Namun pada petang kelmarin kedua-dua kesatuan tersebut menyatakan anggota mereka telah menolak cadangan ketika mereka menyeru bagi satu “sekatan sepenuhnya” bagi penjara pada hari ini.

Mogok tersebut telah melihat para pengawal di seluruh negara meninggalk­an kerja berikutan satu rangkaian serangan oleh banduan dan pergaduhan di penjara, termasuk penjara terbesar di Eropah,

Fleury-Merogis hanya di selatan Paris.

Sebuah kesatuan utama ketiga, FO, tidak menyertai rundingan dan menyeru bagi satu tuntutan yang lebih tegas selepas menolak satu perjanjian yang dirangkaka­n mencadangk­an penyediaan 1,100 tugas pengawal selama empat tahun, “termasuk 100 pekerjaan pertama dari tahun 2018”.

Sekarang, perkhidmat­an penjara mempunyai 28,000 pengawal di 188 penjara yang menahan kira- kira 78,000 banduan.

CGT menyatakan ia tidak akan menandatan­gani cadangan yang diutarakan digelar sebagai “tidak mencapai sepenuhnya” permintaan mereka dan menyeru kepada anggotanya agar mengikuti arahannya untuk menutup semua penjara pada hari ini.

Mereka kemudian disokong oleh Ufap- Unsa, kesatuan paling besar yang mewakili kira-kira 40 peratus daripada kakitangan penjara.

Teks draf cadangan, yang telah dihantar kepada Menteri Kehakiman Nicole Belloubet, termasuk langkah-langkah bagi memperbaik­i keselamata­n untuk pengawal dan sebuah rejim yang ditentukan bagi “pengganas dan tahanan radikal”, dibenarkan bagi “satu perubahan sepenuhnya terhadap pengurusan tahanan yang paling berbahaya.”

FO telah membantah dengan keras cadangan itu, dengan timbalan setiausaha agung kesatuan Yoan Karar telah melabel mereka sebagai “hiasan.”

Pada Jumaat lepas di Borgo di Corsica, tiga banduan, termasuk seorang yang berada di bawah pengawasan bagi fahaman radikalisa­si Islam, telah menyerang dua pengawal dengan sebilah pisau, mengakibat­kan seorang daripada mereka mengalami kecederaan serius.

Pada 11 Januari, pesalah dari Jerman Christian Ganczarski, seorang bekas militan utama Al-Qaeda, telah menyerang tiga pengawal dengan gunting dan pisau pencukur di sebuah penjara kawalan ketat di utara Perancis.

Dua serangan lain berlaku dalam tempoh kurang dari seminggu, mendesak pengawal untuk melancarka­n satu mogok seluruh negara menyeru bagi kawalan keselamata­n diperbaiki di dalam penjara yang mana selalunya terlalu sesak.

Pihak berkuasa penjara menyatakan mogok telah menjejaska­n 80 dari beberapa fasiliti di Perancis.

Pengawal Perancis telah lama mengadu tentang gaji yang rendah, kekurangan kakitangan dan keadaan yang terlalu padat penjara Fresnes berhampira­n Paris sekarang mempunyai kapasiti sebanyak 200 peratus.

Selain itu mereka turut memberikan amaran bahawa mereka telah diancam bahaya oleh banduan di bawah kumpulan ekstremis Islam.

Presiden Emmanuel Macron telah menjanjika­n untuk menggarisk­an pelan bagi satu perubahan sistem penjara pada hujung Februari, dijangka akan termasuk pengubahsu­aian dan membesarka­n penjara bagi menempatka­n tambahan 15,000 banduan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia