Utusan Borneo (Sarawak)

Pope Francis gesa perangi keganasan terhadap wanita

-

TRUJILLO: Pope Francis kelmarin menggesa jemaat di Amerika Latin untuk menentang jenayah ganas yang berleluasa ke atas wanita termasuk pembunuhan, ketika beliau memimpin sembahyang Misa di Trujillo, bandar raya terbesar di utara Peru.

“Saya ingin mempelawa anda untuk memerangi gejala di seluruh rantau Amerika Latin: kes jenayah ganas yang begitu banyak ke atas wanita, daripada pemukulan kepada pencabulan dan pembunuhan,” kata ketua agama itu kepada ribuan di dataran utama era penjajah di Trujillo.

Separuh daripada 25 negara dengan jumlah pembunuhan wanita tertinggi adalah di Amerika Latin, menurut Wanita Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu.

Di Argentina, tanah air paus, sekurang-kurangnya 254 pembunuhan wanita berlaku pada 2016 yang pihak berkuasa berpendapa­t ada kaitan dengan jantina, yang membantu mencetuska­n kempen dalam talian #NotOneMore.

“Begitu banyak kes keganasan yang terus disenyap- kan di sebalik begitu banyak tembok,” kata Francis, yang mengundang sorakan orang ramai.

“Saya menyeru kepada anda untuk menentang punca penderitaa­n ini termasuk rang undangunda­ng dan budaya yang menolak setiap jenis keganasan.”

Bandar raya barat laut Trujillo masih berusaha untuk membina semula selepas ia dimusnahka­n oleh banjir buruk setahun lalu.

Lebih 130 terkorban di seluruh Peru antara Januari hingga April 2017 dalam hujan lebat, banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh fenomena cuaca El Nino, yang turut menyebabka­n sekurang- kurangnya 300,000 kehilangan tempat tinggal. Paling teruk terjejas adalah wilayah pantai utara Peru.

Francis mengakui banyak keluarga masih belum dapat membina semula rumah mereka selepas banjir – kemudian memberi amaran tentang “taufan” jenayah terancang.

Kadar jenayah tinggi bermakna sedikit peluang pekerjaan dan pen- didikan, yang menghalang golongan muda “daripada membina masa depan dengan maruah”, kata Francis.

Sembahyang Misa berlangsun­g di sebuah kawasan pantai di Huanchaco, sebuah bandar di Trujillo kira-kira 560 kilometer ke utara Lima.

Huanchaco popular di kalangan peluncur air dan terkenal kerana kraf air mensiang yang unik dikenali sebagai “caballitos de totora”.

Paus kemudian menaiki Popemobile untuk melawat kawasan kejiranan “Buenos Aires” yang daif di Trujillo, yang khususnya teruk terjejas disebabkan oleh banjir pada April lalu.

“Kita akan lihat sama ada paus akan membawa bersamanya beberapa berkat. Dan sama ada kita dapat bangkit semula daripada segalanya yang hilang dalam banjir. Kami mahu beliau membawa sedikit belas kasihan,” kata penduduk tempatan Lidia Garcia.

Sama seperti pada Jumaat lepas, Francis diiringi Presiden Peru, Pedro Pablo Kuczynski.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia