Utusan Borneo (Sarawak)

Rocket Lab berjaya lancar roket ke angkasa lepas

-

WELLINGTON: Syarikat aeroangkas­a Rocket Lab semalam berkata ia berjaya melancarka­n sebuah roket ke angkasa lepas buat pertama kalinya dari pangkalan pelancaran­nya di New Zealand.

“Electron berada di orbit. Pengerahan muatan yang berjaya,” kata syarikat itu dalam Twitter.

Roket Electron itu, yang dinamakan sebagai “Still Testing”, berlepas dari Mahia, di pantai timur North Island, pada jam 2.45 petang semalam dan sampai ke ruang angkasa lapan minit kemudian.

Roket gentian karbon sepanjang 17 meter itu membawa tiga satelit ke angkasa – satu untuk mengambil imej Bumi bagi syarikat Planet Labs di Amerika Syarikat ( AS), dan dua lagi untuk mendapatka­n data penjejakan kapal dan cuaca bagi Spire Global.

“Tidak terkata. Hanya seperti itu sahaja, @rocketlab sampai ke orbit dan menetapkan ukuran baharu bagi pelancaran dengan sampai ke orbit hanya pada ujian kedua,” tweet Spire, syarikat data yang dijana oleh satelit.

Rocket Lab mengendali­kan pelancaran pertamanya pada Mei lalu apabila syarikat itu membawa roket ke angkasa, tetapi ia tidak sampai ke orbit.

Walaupun ditubuhkan di New Zealand, Rocket Lab menyenarai­kan diri sebagai sebuah syarikat Amerika dengan ibu pejabat di sebuah subsidiari milik sepenuhnya oleh New Zealand.

Penyokong termasuk syarikat- syarikat AS, Khosla Ventures, Besse- mer Venture Partners, Lockheed Martin, Promus Ventures dan Data Collective.

Syarikat itu berkata misinya adalah untuk menyediaka­n “peluang pelancaran yang kerap ke orbit rendah Bumi” dengan pelbagai teknologi dan sistem roket “untuk pengerahan muatan yang pantas dan berpatutan”.

Khidmat pelancaran Rocket Lab dengan Electron dilaporkan memakan kos sebanyak AS$4.9 juta (RM19.6 juta) bagi setiap penerbanga­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia