Utusan Borneo (Sarawak)

Indeks petunjuk pasaran tempatan menerima aliran masuk dana tertinggi dalam tempoh tiga tahun

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka meneruskan momentum positifnya minggu ini dirangsang oleh kekukuhan ringgit, harga minyak tinggi, prospek kukuh ekonomi global dan pendapatan korporat yang lebih baik, kata seorang peniaga.

Naib Presiden/ Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata prospek ekonomi global kelihatan menarik setakat ini, didorong oleh minat belian dalam kalangan pelabur tempatan dan asing.

“FBM KLCI mencatatka­n permulaan yang baik tahun ini dengan prospek positif bagi ekonomi tempatan dan global. Indeks petunjuk pasaran tempatan itu menerima aliran masuk dana tertinggi dalam tempoh tiga tahun, menunjukka­n keyakinan pelabur terhadap pasaran kita,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu ini, beliau berkata, FBM KLCI dijangka bergerak antara paras 1,800 dan 1,850 mata.

“Harga minyak yang kukuh setakat ini memberi sokongan kepada pasaran kita yang mana kira-kira 30 peratus daripada syarikat di Bursa Malaysia terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam industri minyak dan gas,” katanya.

Beliau berkata indeks petunjuk pasaran itu juga mungkin boleh terjejas dengan pelan pembaharua­n cukai Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Bagi minggu yang baharu berakhir ini, pasaran diniagakan kebanyakan­nya tinggi mendapat manfaat daripada kenaikan di Wall Street, serta data ekonomi positif dari China.

Bagaimanap­un, langkah Kesatuan Eropah (EU) meluluskan draf untuk menyokong larangan penggunaan minyak sawit dalam biofuel bermula dari 2021 pada Khamis telah menjejaska­n kaunter berkaitan dengan perladanga­n dan minyak sawit kerana komoditi itu merupakan eksport utama Asia Tenggara ke EU.

Bagi perbanding­an Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI mencatatka­n prestasi lebih baik, naik 6.16 mata untuk mengakhiri minggu lepas pada 1,828.83.

Di papan skor, Indeks FBM Emas susut 26.78 mata kepada 13,195.82, Indeks FBMT 100 turun 2.06 mata kepada 12,860.60, Indeks FBM Emas Shariah susut 79.87 mata kepada 13,627.46, FBM 70 jatuh 154.79 mata kepada 16,472.37, dan FBM Ace berkuranga­n 192.66 mata kepada 6,713.12.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 26.07 mata kepada 17,236.98, Indeks Perladanga­n susut 99.45 mata kepada 8,037.87 dan Indeks Perusahaan turun 31.52 mata kepada 3,368.02.

Jumlah dagangan susut kepada 25.35 billon unit bernilai RM15.97 bilion daripada 27.14 bilion unit ber- nilai RM19.11 bilion dalam minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 17.14 bilion saham bernilai RM14.73 bilion daripada 17.88 bilion saham bernilai RM17.59 bilion minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan waran susut kepada 2.64 bilion unit bernilai RM448 juta daripada 3.46 bilion unit bernilai RM479.51 juta sebelumnya.

Pasaran ACE berkuranga­n kepada 5.51 bilion saham bernilai RM778.77 juta berbanding 5.74 bilion saham bernilai RM1.02 bilion sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia