Utusan Borneo (Sarawak)

Niaga hadapan KLIBOR dijangka catat sedikit dagangan

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka mencatatka­n sedikit dagangan minggu ini selepas tempoh tidak berubah dalam masa yang lama disebabkan ketiadaan pemangkin pasaran.

Seorang peniaga berkata beberapa pergerakan dalam pasaran niaga hadapan itu dijangkaka­n minggu ini sekiranya para peserta pasaran terus mengambil kira kemungkina­n kenaikan kadar faedah di pasaran tunai pendasar.

Ura-ura pasaran bertiup kencang bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus, pada mesyuarat Jawatankua­sa Dasar Monetari akhir minggu ini, selepas cenderung ke arah pendekatan menaikkan kadar pada mesyuarat lepas.

“Taruhan kenaikan kadar OPR mungkin menjadi alasan di sebalik kenaikan kadar KLIBOR pada Jumaat. Tiada kekurangan mudah tunai dalam pasaran tetapi pemburuan mudah tunai jangka panjang boleh merangsang kadar.

“Sedikit pergerakan dijangkaka­n dalam pasaran niaga hadapan apabila para peserta pasaran terus mengambil kira kemungkina­n kenaikan OPR minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu yang baharu berakhir ini, pasaran sekali lagi tidak diniagakan dengan kepentinga­n terbuka kekal sifar.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, harga penyelesai­an bagi kontrak Februari 2018, Mac 2018, April 2018 dan Jun 2018 kekal masing-masing pada 96.48, 96.45, 96.43 dan 96.40.

KLIBOR tiga bulan pendasar naik kepada 3.44 peratus daripada 3.43 peratus sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia