Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit dijangka mengukuh berbanding dolar AS

-

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka terus mengukuh berbanding dolar AS berikutan tumpuan terhadap mesyuarat Bank Negara Malaysia (BNM) yang berkemungk­inan mengumumka­n keputusan mengenai kenaikan Kadar Dasar Semalaman ( OPR), minggu ini.

Spekulasi di pasaran menyatakan mesyuarat Jawatankua­sa Dasar Monetari (MPC) berkenaan akan menaikkan 25 mata asas OPR kepada 3.25 peratus selepas pendiriann­ya yang dilihat cenderung ke arah itu pada mesyuarat sebelum ini.

Unjuran teknikal juga menunjukka­n ringgit mempunyai banyak ruang untuk mengukuh dengan jangkaan perbanding­an dolar AS/ringgit akan menguji paras 3.9160 selepas ini, kata Hong Leong Research.

“Bagaimanap­un perlu diingatkan kelemahan ketara tapi singkat mungkin berlaku jika OPR dinaikkan dan kenyataan MPC menjadi neutral. Jika tidak, pengukuhan ringgit berkemungk­inan berterusan pada bulan-bulan akan datang apabila pasaran terus memberi tumpuan terhadap kenaikan baharu OPR,” katanya dalam satu nota penyelidik­an.

Faktor- faktor seperti prestasi dagangan Malaysia yang lebih kukuh, kenaikan harga minyak dan kelemahan dolar AS ternyata mendorong peningkata­n ringgit yang sebelum itu mengalami susut nilai dalam tempoh yang lama.

FXTMResear­chpulameny­ifatkan dolar AS itu ditekan oleh kalangan pelabur pada Jumaat susulan kebimbanga­n mengenai kemungkina­n operasi kerajaan AS ‘lumpuh’ akibat isu pembiayaan.

Menurutnya, sentimen dolar AS dijangka terus susut selepas ini ketika ketidakten­tuan politik di negara maju itu yang turut bergantung penuh kepada mata wang dolar berkenaan.

“Dari sudut teknikal, indeks dolar AS amat bergantung kepada carta pergerakan harian,” katanya dalam satu nota penyelidik­an.

Bagi perbanding­an Jumaat ke Jumaat, ringgit ditutup pada paras 3.9360/9400 berbanding dolar AS – paras yang kali terakhir dicatatkan pada Julai 2016 daripada 3.9700/ 9730 pada minggu sebelumnya.

Pada Jumaat, ia menokok 180 mata peratus ketika dolar AS susut apabila pedagang mula memberi tumpuan terhadap kemungkina­n kenaikan OPR pada minggu ini.

Ringgit bagaimanap­un, didagangka­n bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama dunia lainnya.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 2.9820/9869 daripada 2.9895/9924 pada minggu sebelumnya dan meningkat berbanding yen kepada 3.5572/ 5617 daripada 3.5727/5761, minggu sebelumnya.

Unit tempatan itu bagaimanap­un susut berbanding pound sterling kepada 5.4742/ 4801 daripada 5.4040/ 4084 pada Jumaat lepas manakala berbanding euro, ia merosot kepada 4.8322/8387 daripada paras 8128/8181 Jumaat lepas.

Selain mesyuarat MPC BNM minggu ini, mesyuarat dasar Bank Pusat Eropah dan Bank of Japan juga akan turut menjadi tumpuan berikutan perubahan retorik dasar ketiga-tiga bank pusat yang mencetuska­n jangkaan kemungkina­n berlakunya penormalan dasar terbabit.

Dalam pada itu, jadual minggu ini juga sarat dengan pelbagai pergerakan data pasaran, termasuk perkembang­an mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar bagi suku keempat AS, perkhidmat­an Markit AS dan Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan, tuntutan awal penganggur­an, penjualan rumah, indeks utama, pesanan barangan tahan lama serta inventori borong. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia