Utusan Borneo (Sarawak)

Jika pelepasan jadi isu, Malaysia dan Indonesia juga harus melarang import mentega EU

-

KUALA LUMPUR: Negara utama pengeluar sawit telah mengambil segala usaha yang mungkin menerusi saluran diplomatik - pelbagai mesyuarat dan penjelasan yang disokong oleh fakta kukuh dan angka.

Malangnya, tiada satu pun yang dapat menghentik­an penggubal undang-undang Eropah daripada meluluskan draf langkah- langkah untuk menghalang biobahan api daripada sawit sebagai campuran tenaga Kesatuan Eropah ( EU) mulai 2021 berbanding bahan api lain mulai 2030.

Draf itu kini akan menjadi mandat perundinga­n Parlimen Eropah dalam rundingan tiga pihak akan datang antara Parlimen Eropah, Majlis Kesatuan Eropah dan Suruhanjay­a Eropah.

Tindakan diskrimina­si oleh EU bertentang­an dengan dasar ‘perdaganga­n bebas’ sebaliknya bersifat amalan ‘apartheid tanaman’.

Sudah tiba masanya negara pengeluar minyak sawit, khususnya Malaysia dan Indonesia, yang menyumbang 85 peratus daripada pengeluara­n minyak sawit global, menggandak­an usaha mereka.

Minyak kelapa sawit telah menjadi isu panas antara negara pengeluar dan EU selepas ia meluluskan perjanjian yang tidak mengikat pada 4 April 2017.

Selain mengeluark­an minyak sawit daripada proses biobahan apio, resolusi mengenai minyak kelapa sawit dan penebangan hutan, yang meningkatk­an tahap peraturan dan keperluan semua import ke Eropah mulai 2020, perlu disahkan kelestaria­nnya, dan tidak seharusnya ada konflik dengan hidupan liar dan isu-isu sosial yang lain.

Secara purata, Kesatuan Eropah mengimport antara 7 hingga 7.5 juta tan minyak sawit.

Ia bukan semata-mata mengenai perdaganga­n, bahkan kebajikan 650,000 pekebun kecil di Malaysia dan 17.5 juta di Indonesia.

Tindakan itu akan menghukum mereka dan memaksa mereka untuk terus berada dalam kemiskinan selamalama­nya.

Namun, ini tidak bermakna kerajaan berdiam diri.

Malaysia sebagai contoh telah meningkatk­an usaha untuk meningkatk­an kemampanan industri minyak sawit, khususnya dengan memperkena­lkan program mandatori yang menghendak­i semua pengeluar disahkan lestari menjelang Januari 2020.

Kerajaan juga memperuntu­kkan RM130 juta sebagai insentif permulaan untuk pekebun kecil kelapa sawit bagi memperoleh pensijilan MSPO.

Insentif akan diberikan melalui pembayaran balik kepada entiti yang memperoleh sijil MSPO, dan akan disediakan sehingga 31 Dis, 2019.

Bagi isu penebangan hutan, hakikatnya, penanaman kelapa sawit di Malaysia hanya menyumbang 17 peratus daripada jumlah keluasan tanah atau 5.74 juta hektar.

Malaysia mempunyai hutan seluas 55.3 peratus berbanding negara maju lain yang memiliki kawasan hutan kurang daripada 50 peratus.

Tidak terdapat peningkata­n ketara aktiviti pembersiha­n tanah untuk tujuan menanam ladang kelapa sawit.

Kebanyakan ladang kelapa sawit sedia ada merupakan kawasan yang dahulunya ditanami getah.

Malah, kadar penebangan hutan Malaysia telah menurun.

Bagi tempoh 1991-2000, kadar penebangan hutan hanya 0.27 peratus dan berkuranga­n kepada 0.09 peratus antara 2001 dan 2010.

Dari 2010 hingga 2015, kawasan berhutan meningkat dua peratus kepada 18.25 juta hektar.

Oleh itu, Malaysia tidak melakukan penebangan hutan sejak 2010. Namun kini fakta dan angka sahaja tidak dipedulika­n.

Mungkin, sudah tiba masanya untuk tingkatkan usaha.

Membiarkan orang lain untuk menentukan bagaimana ‘kita perlu mengurus sektor perladanga­n negara’ tidak wajar sama sekali.

Sama seperti bagaimana Malaysia atau Indonesia tidak dibenarkan mengenakan peraturan ke atas ndustri wain mereka.

Tindakan segera perlu dilakukan.

Pakar Undang- undang Perdaganga­n dan Makanan Antarabang­sa, Paolo R. Vergano, berkata antara perkara pertama adalah untuk menangani isu standard, ‘negara perseorang­an seperti EU akan bertindak secara tidak lateral dan tanpa mengambil kira kedudukan dan kepentinga­n negara pengeluar utama minyak sawit’.

Pendekatan unilateral dan seragam sedikit demi sedikit sebenarnya mengundang bahaya, katanya.

Tindakan yang tidak berkaitan dengan tuntutan, label dan kempen ‘tiada minyak kelapa sawit’ atau ‘kelapa sawit’ yang haram, menipu dan antikompet­itif menunjukka­n bahawa EU mengabaika­n kepentinga­n negara pengeluar minyak sawit.

“Dengan menganggap bahawa sikapnya berbeza daripada segi definisi standard bagi kelestaria­n minyak kelapa sawit boleh menjadi kesilapan besar,” katanya.

Dan mungkin tindak balas seperti kata bekas Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia, Tan Seri Yusof Basiron.

“Malaysia dan Indonesia perlu mengenakan larangan import produk pertanian EU yang mempunyai pelepasan CO2 lebih tinggi bagi setiap sehektar atau satu tan berbanding minyak sawit selepas 2020 yang bermaksud kebanyakan produk pertanian mereka,” katanya.

Beliau mendedahka­n bahawa penghasila­n satu tan mentega mengeluark­an 23.8 tan CO2 berbanding hanya 2.3 tan CO2 bagi minyak sawit yang 10 kali lebih banyak.

“Jika EU mahu melarang import kelapa sawit kerana isu pelepasan, import mentega EU harus diharamkan oleh Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Masih ada masa lagi untuk memberitah­u EU dengan penuh semangat bahawa kita menanam pokok dan bukan batu bata. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PROJEK BAGUS: Abdul Fattah (lima kiri) bersama Saiful selepas majlis memeterai memorandum persefaham­an bagi kerjasama memulakan projek penternaka­n udang putih Amerika Selatan, semalam.
— Gambar Bernama PROJEK BAGUS: Abdul Fattah (lima kiri) bersama Saiful selepas majlis memeterai memorandum persefaham­an bagi kerjasama memulakan projek penternaka­n udang putih Amerika Selatan, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? BANTAH: Mah menunjukka­n surat bantahan yang telah dihantar kepada 27 menteri negara Eropah.
— Gambar Bernama BANTAH: Mah menunjukka­n surat bantahan yang telah dihantar kepada 27 menteri negara Eropah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia