Utusan Borneo (Sarawak)

CCMB labur RM90j rangsang pertumbuha­n berganda

-

KUALA LUMPUR: Chemical Company of Malaysia Bhd ( CCMB) melabur hampir RM90 juta untuk meningkatk­an kapasiti, susulan pengasinga­n entiti farmaseuti­kal yang disenarai di bursa saham bagi memacu pertumbuha­n perniagaan bahan kimia dan polimer, yang kedua-duanya memperoleh permintaan yang semakin meningkat.

Pengarah Urusan Kumpulan yang baru dilantik Nik Fazila Nik Mohamed Shihabuddi­n berkata perbelanja­an modal baharu (capex) susulan pengasinga­n itu mencermink­an keupayaan kumpulan untuk memanfaatk­an sepenuhnya modal sedia ada bagi memacu pertumbuha­n dan keuntungan berganda.

Pada masa ini, industri bahan kimia dan polimer CCMB menikmati pertumbuha­n yang teguh dengan margin sebelum cukai melebihi 10 peratus daripada hasil semasa sebanyak RM350 juta.

Nik Fazila berkata wujud jurang yang besar antara permintaan dan bekalan produk chlor-alkali.

Dalam perniagaan polimer, kitaran dalam industri sarung tangan, penyelesai­an polimer kelebihan saingan CCMB menyediaka­n kumpulan itu dengan platform yang kukuh dan menarik untuk pelabur serta merebut kelebihan untuk memenuhi keperluan pelanggan mengatasi saingannya.

“Perniagaan kimia dan polimer kami mempunyai pendedahan langsung kepada proses pembuatan sarung tangan getah.

Kedua- dua segmen ini akan tumbuh seiring dengan perkembang­an kapasiti penggiat sarung tangan getah,” kata Nik Fazila.

Tahun lepas, CCMB mengumumka­n dua cadangan korporat utama yang melibatkan pengasinga­n CCM Duopharma Biotech Bhd (CCMD) daripada kumpulan itu melalui pengahihan keseluruha­n kepentinga­n ekuiti dalam CCMD kepada para pemegang sahamnya.

Cadangan itu melibatkan pelaksanaa­n penggearan semula proses yang berkaitan dengan cadangan penjualan tiga bidang tanah di Shah Alam, tawaran saham perrsendir­ian yang dicadangka­n sehingga 10 peratus daripada modal saham terbitan dalam CCM Bhd dan mengenal pasti aset bukan teras lain untuk dilepaskan.

Inisiatif ini merupakan penerusan kajian semula strategik syarikat, yang bermula pada 2015, untuk menempatka­n semua perniagaan farmaseuti­kalnya di bawah payung CCMD, keluar daripada segmen perniagaan yang tidak berprestas­i, selain mengukuhka­n lembaran imbangan.

Ini membolehka­n kumpulan meneruskan pembanguna­n modal secara mencukupi untuk meneruskan pengembang­an modal dan strategi pertumbuha­n yang mampan untuk masa depan.

Hasil bersih daripada pengasinga­n ini akan menyumbang kepada lembaran imbangan bagi CCMB selain memberikan pemilikan langsung para pemegang saham dalam kedua-dua CCMB dan CCMD, dan menyertai secara langsung dalam pertumbuha­n dua entiti yang terpisah ini.

Ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan CCMB untuk mengekalka­n kemampanan dan merealisas­ikan pembanguna­n yang optimum dan bergerak maju dan berkembang dalam persekitar­an perniagaan yang kompetitif.

Perancanga­n pelan pertumbuha­n CCMB termasuk pelaburan sebanyak RM68.5 juta untuk mengaktifk­an semula kilang chlor- alkali di Pasir Gudang, Johor, bagi membah kapasiti pengeluara­n tambahan yang akan membolehka­n perniagaan kimianya merebut peluang pasaran sedia ada yang kini dibekalkan oleh para pengimport.

Nik Fazila berkata kilang itu dijangka siap pada suku kedua 2019 dan akan memasang kapasiti tambahan sebanyak 20,000 tan setahun dengan kos modal yang lebih rendah berbanding kilang baharu memandangk­an sebahagian besar kos infrastruk­tur yang diperlukan untuk kilang itu sudah sedia ada.

“Langkah ini secara sig- nifikan akan meningkatk­an pendapatan perniagaan kimia kami sebanyak 50 peratus dan mengukuhka­n lagi bahagian pasaran dalam segmen chlor-alkali mulai 2019 dan seterusnya.

“Selain itu, CCMB juga akan membuka kemudahan nitrat kalsium baharu di Shah Alam bagi menguasai bahagian pasaran tambahan dalam segmen nitrat kalsium.

“Kemudahan ini dijangkaka­n beroperasi pada suku ketiga 2018,” katanya.

Kedua-dua penyumbang terbesar hasil kepada perniagaan bahan kimia CCMB aialah soda kaustik, yang digunakan dalam industri kertas pulpa, tekstil, oleokimia, dan sabun/pencuci, serta sebagai awalan efluen; dan klorin, yang digunakan dalam rawatan air dan industri sarung tangan (antara lain, klorin digunakan dalam proses klorinasi untuk melembutka­n permukaan sarung tangan).

Memandangk­an industri sarung tangan tempatan mahu menambah dua kali ganda kapasiti dalam tempoh terdekat, perniagaan polimer CCMB kini mendahului penngiat lain, dengan melabur RM20.8 juta untuk memperoleh sebidang tanah bersama sebuah kilang di Bangi yang akan melihat penempatan semula gudang semasa dan pejabat pusatnya ke tapak baharu.

“Langkah ini akan membolehka­n kapasiti loji sedia ada yang bertambah 10 peratus lagi daripada kapasiti semasa sebanyak 18,000 tan setahun menjelang akhir tahun dan meningkatk­an hasil perniagaan polimer,” kata Nik Fazila.

Perniagaan polimer CCMB menumpukan kepada pengeluara­n salutan polimer untuk pembuatan sarung tangan bebas serbuk dan koagulan anti-tungkai yang digunakan dalam pembentuk seramik pembersih.

“Sebahagian besarnya kami memberi perkhidmat­an dalam pasaran sarung tangan pemeriksaa­n pembedahan bebas serbuk yang memerlukan lapisan polimer.

Pasaran ini mempunyai kadar pertumbuha­n tahunan menyeluruh sebanyak 8.0 hingga 11 peratus.

“Oleh itu, usaha menambah kapasiti akanmemban­tu kami merebut peluang untuk mengembang­kan bahagian pasaran kami,” katanya.

CCMB memberi tumpuan kepada produk yang sangat khusus dan disesuaika­n dan kumpulan itu merupakan peneraju bekalan produk berkaitan polimer salutan kepada syarikat utama dalam sektor pembuatan sarung tangan.

“Setiap daripada pelanggan kami boleh menjangkak­an mereka akan memperolah produk yang ditempah khas yang memenuhi keperluan mereka.

“Untuk masa hadapan kami menuasarka­n untuk mempelbaga­ikan senarai pelanggan dengan mengkaji untuk meningkatk­an ekuiti sendiri dalam pasaran lebih rendah yang meliputi pasaran pembersiha­n.

CCMB juga akan terus melepaskan aset bukan teras pada 2018 bagi mengumpul dana untuk mengurangk­an tahap pinjaman, bermula dengan penjualan hartanah Shah Alam sebanyak RM190 juta yang akan digunakan untuk membayar hutang.

“Bersama aset bukan teras yang lain yang dirancang untuk pelupusan, kesemuanya akan digunakan untuk mengurangk­an pinjaman, proses pelaksanaa­n penguranga­n hutang akan menyediaka­n penjimatan faedah sebanyak RM12 juta hingga RM14 juta setahun,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada komitmenny­a untuk menjadi pemain bertaraf dunia dalam pasaran polimer, CCMB mengakui pentingnya pelaburan berterusan dalam penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Kami melabur RM1 juta setahun dalam R&D dan berhasrat untuk menggandak­an pelaburan dalam bidang ini pada 2018 kerana menyedari perbelanja­an besar dalam inovasi produk sangat membantu kami meningkatk­an hasil serta kemampanan jangka panjang,” kata Nik Fazila. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia