Utusan Borneo (Sarawak)

Langkawi bakal pengeluar utama udang putih Amerika Selatan

-

LANGKAWI: Langkawi bakal muncul sebagai pengeluar utama udang putih Amerika Selatan menerusi satu jalinan kerjasama projek penternaka­n hidupan marin itu di antara Koperasi Pelaburan Pembanguna­n Hartanah Perak Berhad ( KPPH) serta kumpulan syarikat dari China, Fubao Group.

Projek berskala besar di Bukit Malut yang dijangka bermula sebelum akhir 2018, juga disasarkan menjana hasil kira-kira RM1.5 bilion setahun selepas tiga tahun pelaksanaa­nnya.

Majlis pemeteraia­n memorandum persefaham­an melibatkan perkongsia­n teknologi dan pemasaran antara KPPH dan Fubao diadakan kelmarin yang turut disaksikan oleh Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Bercakap kepada pemberita kemudianny­a, Abdul KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Sekuriti (SC) berkata sehingga 17 Jan tahun ini, terdapat hanya tujuh syarikat dengan kesemua ahli lembaga pengarahny­a lelaki daripada 100 syarikat terkemuka, atau peningkata­n sebanyak 65 peratus berbanding 20 syari- Fattah berkata KPPH telah ditawarkan sebuah kawasan seluas 250 ekar oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Bukit Malut di sini bagi projek yang mampu menghasilk­an 300 tan udang putih seekar setahun.

“Koperasi ( KPPH) ini akan menjadi teraju (koperasi utama) dan kita boleh mempelawa koperasi lain, terutamany­a di Langkawi untuk menyertai usaha ternakan udang ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Fattah berkata projek itu juga dijangka mewujudkan lebih 1,000 peluang pekerjaan baharu selain turut menggiatka­n lagi usaha-usaha penyelidik­an dan pembiakan spesies udang putih tersebut.

Pengerusi KPPH, Saiful Bahri Samsudin berkata projek itu adalah yang kedua diusahakan koperasi itu selepas projek sama di Temoh, Perak, sejak 2016 yang berskala kecil.

“Kami ke Bukit Malut bagi (melaksanak­an projek) skala kat sehingga 31 Dis, 2016.

Pada pelancaran Kod Bagi Tadbir Urusa Korporat Malaysia (MCCG) pada April tahun lepas, SC menetapkan sasaran tiada lagi semua ahli lembaga pengarah lelaki di 100 syarikat utama pada akhir 2018. yang lebih besar,” katanya.

Selain itu, penyelidik Institut Penyelidik­an Perikanan Laut China Selatan Akademi China bagi Sains Perikanan, Prof Xu Wujie yang turut hadir berikutan penglibata­nnya dalam kajian dengan pihak Fubao berkata, udang putih Amerika Selatan itu mendapat permintaan yang amat tinggi di China.

Menurutnya, China sebaliknya hanya mampu menghasilk­an kira-kira 100 juta tan setahun berbanding permintaan sebanyak kira-kira 180 juta tan setahun.

Malah, keadaan cuaca empat musim di China juga tidak begitu sesuai bagi penternaka­n udang dan penghasila­nnya terjejas pada musim sejuk.

“Keadaan cuaca di Malaysia sangat istimewa (untuk pembiakan udang putih) dan pasaran di China pula sentiasa ada.

Atas alasan inilah kita perlu bekerjasam­a,” katanya. — Bernama

Hanya 7 syarikat masih mempunyai ahli lembaga pengarah lelaki

“Tujuh lagi syarikat itu ialah Affin Holdings Bhd, Alliance Bank Bhd, Batu Kawan Bhd, Fraser & Neave Holdings Bhd, Genting Plantation­s Bhd, Genting Malaysia Bhd, dan UOA Developmen­t Bhd,” kata SC idalam satu kenyataan semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia