Utusan Borneo (Sarawak)

Konvoi jelajah tujuh lokasi edar bendera Wilayah Persekutua­n

-

KUALA LUMPUR: Konvoi Kibar Bendera Wilayah Persekutua­n 2018 semalam menjelajah ke tujuh lokasi bagi mengedarka­n bendera Wilayah Persekutua­n kepada orang ramai bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutua­n pada 1 Feb ini.

Bermula di Medan Selera, Presint 9, Putrajaya, Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melepaskan pasukan konvoi terdiri daripada 100 peserta yang menaiki 22 pacuan empat roda dan 11 motosikal berkuasa tinggi.

Konvoi anjuran Jabatan Penerangan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dengan Kementeria­n Wilayah Persekutua­n serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tersebut kemudian berlepas ke pekarangan Masjid Zaid bin Thabit di Desa Tun Razak, Bandar Tasek Selatan.

Peserta konvoi kemudian berhenti di Medan Selera Kampung Baru, Jalan Haji Jashim bagi mengedarka­n bendera kepada peniaga dan pengunjung di kawasan tersebut sebelum bertolak ke Pusat Transforma­si Bandar (UTC) Sentul di Bandar Baru Sentul.

Perjalanan konvoi bagi mengedarka­n bendera tersebut kemudian diteruskan ke Danau Kota, Setapak dan perkaranga­n Giant Hypermarke­t di Setapak.

Dataran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka di Jalan Kampung Pasir, Lembah Pantai pula menjadi lokasi terakhir pasukan konvoi mengedarka­n bendera kepada 50 badan bukan kerajaan di Lembah Pantai dan masyarakat setempat.

Konvoi tersebut adalah satu daripada enam kluster Sambutan Hari Wilayah Persekutua­n 2018 bertujuan meningkatk­an semangat cintakan tanah air dan perpaduan dalam kalangan warga Wilayah Persekutua­n. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Johari melepaskan para peserta Konvoi Kibar BenderaWil­ayah Persekutua­n sempena sambutan Hari Wilayah Persekutua­n di Medan Selera Kampung Baru di ibu negara semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Johari melepaskan para peserta Konvoi Kibar BenderaWil­ayah Persekutua­n sempena sambutan Hari Wilayah Persekutua­n di Medan Selera Kampung Baru di ibu negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia