Utusan Borneo (Sarawak)

DBKL sedia 39,000 bendera Wilayah Persekutua­n

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 39,000 bendera Wilayah Persekutua­n pelbagai saiz disediakan bersempena Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutua­n bagi menyambut Hari Wilayah Persekutua­n pada 1 Feb.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata bendera berkenaan akan dipasang di semua taman rekreasi utama di sekitar Kuala Lumpur, kompleks sukan dan pusat komuniti milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Bendera ini juga akan dibekalkan kepada persatuan penduduk Perumahan Awam, Projek Perumahan Rakyat dan sekolah di sekitar Kuala Lumpur.

“Orang ramai juga boleh dapatkan bendera berkenaan di Menara DBKL 1 yang dijual pada harga RM11 seunit,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutua­n peringkat Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur 2018 dan KL Car Free Morning di sini semalam.

Loga Bala berkata buat masa ini, tiada keperluan untuk mewajibkan pemasangan bendera di premis atau kediaman namun pihaknya menggalakk­an agar penduduk di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dapat mengambil inisiatif sendiri memasang bendera berkenaan di tempat masing-masing.

Tambahnya lagi, bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutua­n juga, pelbagai program bakal dilaksanak­an di Kuala Lumpur antaranya Karnival Kendera Saji 2018 pada 7 Feb, Program Korporat Sosial Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur Baiti Jannati (13 Feb) dan Konvoi Berbasikal 1Wilayah Persekutua­n ( 24 Feb).

“Tidak ketinggala­n, program tahunan Kenduri 1Wilayah Persekutua­n turut akan diadakan di Parlimen Titiwangsa, Bandar Tun Razak, Wangsa Maju, Cheras, Kepong, Setiawangs­a, Lembah Pantai dan Seputeh sepanjang bulan Februari ini bagi mengeratka­n hubungan antara penduduk dan pihak kementeria­n,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia