Utusan Borneo (Sarawak)

Mengukuh dan membangunk­an komuniti dengan menyediaka­n pelbagai kemudahan untuk anak-anak

-

BENTONG: Inisiatif FELDA 2.0 yang bakal dilancarka­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di FELDA Lurah Bilut pada 4 Feb depan akan menjadi titik mula perubahan wajah baharu bagi 317 kawasan tanah rancangan itu di negara ini.

Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata, berbeza dengan tujuan asal penubuhan tanah rancangan itu kira-kira 60 tahun lalu yang hanya menumpukan terhadap aspek meningkatk­an taraf ekonomi penduduk luar bandar, Inisiatif FELDA 2.0 pula menumpukan pada usaha mewujudkan komuniti pintar dan mampan.

“Kerajaan mulakan FELDA dahulu untuk pembanguna­n modal insan, sebab itu kita lihat cara peneroka dipilih terdiri daripada keluarga miskin dan tidak ada tanah supaya boleh membawa mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Namun kali ini kita akan mengukuh dan membangunk­an komuniti dengan menyediaka­n pelbagai kemudahan untuk anak-anak termasuk dalam bidang kesihatan, pendidikan dan teknologi yang setaraf dengan kemudahan di bandar.

“Selain itu menerusi Inisiatif FELDA 2.0 ini, kita bukan sahaja akan melahirkan komuniti yang sihat dan berdaya tahan tetapi juga lestari dari segi ekonomi juga alam sekitar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Keluarga FELDA Lurah Bilut, di sini semalam.

Turut hadir Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Ahli Parlimen Bentong dan Pengarah Besar FELDA Datuk Abdul Ghani Mohd Ali.

Menurut Shahrir secara keseluruha­n terdapat sebanyak 11 wilayah FELDA di seluruh negara dan sebagai permulaan pada tahun ini sebanyak tiga wilayah termasuk FELDA Lurah Bilut terpilih untuk menjalani transforma­si Inisiatif FELDA 2.0.

“Setiap wilayah akan diberi- kan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk menambah baik kemudahan-kemudahan yang ada seperti pejabat, jalan raya dan akan dijalankan dengan kerjasama agensi serta kementeria­n lain seperti Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,” katanya.

Menurutnya FELDA Lurah Bilut dipilih untuk perintis inisiatif FELDA 2.0 kerana ia adalah tanah rancangan pertama dalam percubaan pertama kerajaan membangunk­an modal insan 60 tahun lalu yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana negara di dunia.

Selain itu, katanya, kira-kira 6,000 penduduk FELDA Lurah Bilut, di sini bakal menikmati taraf kehidupan sama seperti di bandar menerusi pelaksanaa­n projek Lembah Digital Bilut berikutan kawasan itu bakal dilengkapi pelbagai infrastruk­tur seperti capaian Internet berkelajua­n 4G (Generasi Keempat) dan jalur lebar gentian optik.

Sementara itu, lebih 1,000 warga FELDA Lurah Bilut memeriahka­n Hari Keluarga yang julung kali diadakan di tanah rancangan tertua di negara yang diisi dengan pelbagai acara termasuk pertanding­an futsal, sukan rakyat dan gotong royong kenduri kampung. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEPAKAT: Shahrir (dua kanan) bersama Liow (empat kiri) dan penduduk kampung memasak gulai kawah ketika hadir pada Hari Keluarga Felda Lurah Bilut 2018, Bentong semalam.
— Gambar Bernama SEPAKAT: Shahrir (dua kanan) bersama Liow (empat kiri) dan penduduk kampung memasak gulai kawah ketika hadir pada Hari Keluarga Felda Lurah Bilut 2018, Bentong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia