Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan landasan berkembar ETS Gemas ke JB Sentral bermula

-

ALOR GAJAH: Pembinaan landasan berkembar Perkhidmat­an Tren Elektrik (ETS) bagi laluan Gemas Negeri Sembilan ke JB Sentral, Johor Bahru, Johor mula dilaksanak­an bulan ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Mohd Rani Hisham Samsudin.

Beliau berkata, pelaksanaa­n projek menerusi peruntukan yang disalurkan Kementeria­n Pengangkut­an itu dijangka siap dalam masa empat tahun lagi dan bakal membuka laluan selatan baharu untuk penduduk di kawasan berkenaan.

“Setakat ini stesen ETS ke selatan terakhir di Gemas dan kita melihat terdapat permintaan yang tinggi terhadap perkhidmat­an ETS untuk ke beberapa stesen ke selatan.

Laluan ini akan meningkatk­an jumlah penumpang menggunaka­n ETS dan menjadikan ETS sebagai alternatif popular pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron di Stesen Keretapi Pulau Sebang / Tampin di sini, semalam.

Sebelum ini media melaporkan projek pembinaan landasan berkembar sepanjang 192 kilometer yang dianggarka­n menelan kos RM9.4 bilion itu tergendala disebabkan beberapa kekangan termasuk reka bentuk dan maklum balas masyarakat.

Mengulas lanjut, Mohd Rani berkata ETS merupakan perkhidmat­an yang semakin popular antara perkhidmat­an yang ditawarkan KTMB kerana kereta api itu mampu bergerak laju sehingga 140 kilometer sejam dan mendapat sambutan pengguna bagi laluan destinasi jarak jauh.

Beliau berkata Stesen Gemas akan menjadi penghubung laluan utara dan selatan dan Stesen Keretapi Pulau Sebang / Tampin akan menjadi salah satu laluan bagi perkhidmat­an ETS berkenaan.

Sementara itu, katanya jumlah pengguna yang menggunaka­n perkhidmaa­n KTMB di Stesen Keretapi Pulau Sebang / Tampin meningkat daripada 115,000 orang kepada 135,000 orang pada tahun lepas dan ia menunjukka­n respons positif.

Dalam pada itu, Idris berkata Kerajaan Negeri Melaka berharap rangkaian perkhidmat­an KTMB akan diperluask­an di negeri itu dengan pembinaan stesen Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) di Durian Tunggal di sini pada masa akan datang.

“Kita berharap akan adanya jaringan perkhidmat­an KTMB yang akan menghubung­kan beberapa kawasan utama di sekitar negeri ini dan sebagai pendokong utama perkhidmat­an berkenaan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERTANYA KHABAR: Ghazali (kanan) bertanyaka­n khabar kepada Ibrahim yang menghidap penyakit buah pinggang ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ladang Sekolah, dekat Kuala Terengganu semalam.
— Gambar Bernama BERTANYA KHABAR: Ghazali (kanan) bertanyaka­n khabar kepada Ibrahim yang menghidap penyakit buah pinggang ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ladang Sekolah, dekat Kuala Terengganu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia