Utusan Borneo (Sarawak)

Ismail Sabri mahu pegawai FELDA beri penerangan di Bera

-

BERA: Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengalu-alukan kehadiran pegawai ibu pejabat FELDA untuk menjelaska­n isu berkaitan agensi kerajaan itu kepada peneroka tanah rancangan di kawasan ini.

Beliau berkata, penerangan tepat perlu dilakukan supaya peneroka tidak dikeliruka­n dengan pelbagai isu berkaitan FELDA khususnya kontrovers­i hak milik tanah di Jalan Semarak, yang mungkin dijadikan modal politik pembangkan­g.

“Kita berharap isu FELDA dijawab sendiri oleh orang FELDA yang lebih tahu tentang fakta apa sebenarnya yang berlaku. Perkara sebegini lebih baik diterangka­n sendiri oleh mereka daripada orang politik.

“Jika orang politik bercakap ada yang memandang remeh sebab beranggapa­n itu hanya cakap-cakap politik... tapi kita sebenarnya mahu masyarakat dapat penerangan yang tepat,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Simulasi Hari Pengundian P090 Bera anjuran Biro Latihan UMNO Pahang di Kompleks Rakan Muda Bera di sini, semalam.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Guai Datuk Seri Norol Azali Sulaiman, ADUN Kemayan Datuk Mohd Fadil Osman dan ADUN Padang Tengku Datuk Mustapa Long selaku pengerusi biro latihan itu.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah seterusnya mengingatk­an jentera Barisan Nasional (BN) untuk bekerja secara luar biasa bagi memastikan kemenangan parti pada pilihan raya akan datang.

Katanya, mereka seharusnya mengukuhka­n kekuatan dalaman sebagai ‘ formula kemenangan’ dan bukannya berharap kepada perpecahan atau kelemahan pakatan pembangkan­g yang memungkink­an wujud pertembung­an tiga penjuru pada pilihan raya.

“Kita tidak boleh anggap boleh menang mudah jika PAS dan Pakatan Harapan meletakkan calon mereka sehingga alpa untuk bekerja kuat. Pertanding­an tiga penjuru juga bukan perkara asing kepada kita di Bera.

Sejak Parlimen Bera diwujudkan, PAS bertanding di sini sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13 apabila kerusi (Parlimen Bera) diberikan kepada PKR. Ia menimbulka­n perasaan tidak puas hati sehingga ada penyokong PAS bertanding bebas,” katanya.

Ismail Sabri berkata selain persediaan menarik pengundi, persiapan juga dilakukan kepada petugas pada hari pengundian bagi memastikan mereka tahu bidang tugas masing-masing supaya tidak melakukan kesilapan yang boleh merugikan parti. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia