Utusan Borneo (Sarawak)

Exco lawat bekas wartawan sambilan Bernama Biro Terengganu

-

KUALA TERENGGANU: Pengamal media di Terengganu diharap terus memainkan peranan penting dalam menyalurka­n pelbagai informasi tepat kepada rakyat dan pada masa sama terus mengharmon­ikan hubungan antara kerajaan dan rakyat.

Pengerusi Jawatankua­sa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata peranan media sangat penting dalam konteks pembanguna­n negara khususnya di Terengganu selama ini.

“Bagi pihak kerajaan negeri, kami sangat menghargai sumbangan pengamal media yang telah sama-sama menyumbang peranan positif terhadap Terengganu bagi memastikan kelangsung­annya sebagai sebuah negeri yang aman dan sentiasa menonjolka­n keistimewa­an Terengganu di mata dunia.

“Hubungan baik antara pengamal media dan kerajaan negeri ini pastinya akan terus memberi impak positif terhadap pembanguna­n negeri agar lebih maju dengan mengikut acuan sendiri pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi bekas wartawan sambilan Bernama Biro Terengganu, Ibrahim Abu Bakar, 76, di rumahnya di Kampung Ladang Sekolah di sini se- malam.

Turut hadir Timbalan Presiden Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT), Ahmad Syafri Husnaini Mohamad, Ketua Biro Bernama Terengganu, Zalina Maizan Ngah, anggota jawatankua­sa KAWAT dan wakil media daripada pelbagai agensi.

Ghazali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil turut menyampaik­an sumbangan barangan keperluan dan sumbangan kewangan untuk meringanka­n beban Ibrahim yang menghidap penyakit buah pinggang ketika ini.

Ibrahim yang mula bertugas di Bernama Biro Terengganu sejak tahun 1973 berkata beliau sangat terharu dengan kunjungan tersebut sebagai tanda ingatan daripada kepimpinan kerajaan negeri dan rakan-rakan media. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia