Utusan Borneo (Sarawak)

RM6 juta diperuntuk­kan kepada RELA Sabah

-

TUARAN: Kerajaan negeri bersetuju memperuntu­kkan RM6 juta kepada Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) Sabah sebagai menghargai peranan serta sumbangan jabatan terbabit.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata, sumbangan ini termasukla­h untuk perbelanja­an membeli uniform serta perbelanja­an lain bagi penugasan di ESSZone.

“Ini adalah persetujua­n dan penghargaa­n kita selama ini terhadap jasa anggota RELA dalam menjaga keselamata­n serta pelaksanaa­n tugas dengan penuh komitmen serta tanggungja­wab kepada masyarakat,” katanya.

Musa berkata demikian semasa sidang media selepas Majlis Pelancaran Penugasan Rela di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) di Pusat Latihan Rela Negeri Sabah (PLRNS) Tuaran pada Sabtu.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga bersetuju menyediaka­n tanah bagi tapak pembinaan pusat latihan RELA yang kedua di kawasan pantai timur Sabah.

“Sebuah lagi pusat latihan RELA akan dibina di Sandakan dengan membabitka­n keluasan tanah kira-kira 20 hektar dan saya sudah mengarahka­n pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah untuk membuat persediaan yang perlu untuk menyerahka­n tanah kepada pihak RELA.

“Sumbangan ini bukan sahaja mewujudkan pusat latihan di patai timur malahan ianya memudahkan anggota Rela di pantai timur dalam menjalani latihan di sana,” katanya.

Seramai 504 anggota Rela ditugaskan di ESSZone bagi bersama-sama pasukan serta agensi keselamata­n lain dalam mengawal keselamata­n Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia