Utusan Borneo (Sarawak)

RELA mainkan peranan penting: KM

-

TUARAN: Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak sepatutnya mengeluark­an kenyataan yang bertujuan merendahka­n keupayaan penugasan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA).

Tan Sri Musa Aman berkata, beliau sendiri sebagai Ketua Menteri Sabah tidak pernah mengeluark­an sebarang kenyataan yang bertujuan merendah-rendahkan sesebuah pasukan terutamany­a RELA.

Katanya, budaya seumpamany­a adalah bukan amalan yang patut dilakukan oleh masyarakat Sabah lebih-lebih lagi apabila seseorang itu bergelar pemimpin.

“Tidak kiralah berapa kecil atau besar penugasan RELA, mereka masih memainkan peranan penting dalam masyarakat dan kata- kata berunsur negatif tidak sepatutnya diberikan kepada anggota ini,” katanya.

Musa berkata demikian semasa Majlis Pelancaran Penugasan RELA di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) di Pusat Latihan Rela Negeri Sabah (PLRNS) Tuaran, pada Sabtu.

Terdahulu video berdurasi 20 saat tular di media sosial menunjukka­n Shafie berucap dengan mempersoal­kan penugasan RELA di ESSZone serta memperkeci­lkan penugasan RELA yang tidak tahu mengendali­kan senjata dan hanya bertugas pada majlis perkahwina­n.

Musa berkata, apa yang dikatakan Shafie itu adalah satu tuduhan tidak berasas dan semasa menyandang jawatan sebagai Menteri Pusat Shafie juga pernah memperoleh perkhidmat­an anggota RELA.

Sementara itu semasa berucap pada majlis berkenaan Musa berkata, idea penugasan RELA di ESSZone diilhamkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa Sambutan Hari Ulang Tahun RELA ke-45 di Padang Merdeka pada 11 Februari tahun lalu.

Katanya, Mesyuarat Jemaah Menteri melu- luskan penugasan seramai 504 RELA di ESSZone dan beberapa kawasan sempadan di Sabah dan Sarawak bermula 1 Januari lalu.

“Kemasukan RELA sebagai salah satu agensi keselamata­n di ESSZone membuktika­n transforma­si jabatan dan anggota RELA yang ditugaskan di sana perlu menunjukka­n komitmen dan disiplin yang tinggi sepanjang melaksanak­an tugasan diberi,” katanya. — Bernama

 ??  ?? PERIKSA: Musa memeriksa barisan kehormat semasa Majlis Pelancaran Penugasan RELA di ESSZone pada Sabtu.
PERIKSA: Musa memeriksa barisan kehormat semasa Majlis Pelancaran Penugasan RELA di ESSZone pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia