Utusan Borneo (Sarawak)

Guru tadika antara dua wanita dituduh edar dadah

-

MIRI: Mahkamah Sesyen menetapkan dua hari iaitu 29 dan 31 Januari ini untuk perbicaraa­n kes dua wanita termasuk seorang guru tadika yang dituduh mengedar dadah.

Sementara itu, keduadua tertuduh diperintah­kan supaya ditahan lanjut di Penjara Pusat Miri sementara menunggu tarikh tersebut.

Penetapan tarikh itu dibuat Hakim Steve Ritikos setelah meneliti permohonan kedua-dua pihak pendakwa raya dan peguambela tertuduh.

Terdahulu, peguambela Ranbir Singh yang mewakili tertuduh pertama dan Gurvir Singh Sandhu, mewakili tertuduh kedua masingmasi­ng memohon agar anak guam mereka dibebaskan dan dilepaskan dari tuduhan itu kerana pihak pendakwa raya gagal menyerahka­n dokumen berkaitan ter- masuk kenyataan saksi kepada pihak pembelaan dalam tempoh 14 hari sebelum perbicaraa­n bermula.

Hanya kenyataan dua saksi diserahkan pihak pendakwa kepada Ranbir pagi semalam, manakala tiada sebarang dokumen diserahkan kepada peguambela Gurvir.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Aftal Mariz membantah permohonan itu dan memohon agar diberikan satu tarikh baharu untuk membolehka­n beliau menyediaka­n baki kenyataan tiga saksi sebelum diserahkan kepada pihak peguambela tertuduh.

Mahkamah membenarka­n permohonan itu dan memerintah­kan kenyataan saksi harus diserahkan kepada pihak peguambela tertuduh pada 25 Januari ini.

Lily Kunyang, 35, dari Lorong Intan 6, Vista Perdana dan Freska Musa, 33, dari Jalan Camar, Lutong Baru telah didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39A (2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mengikut kesalahan ini, kedua-dua tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sekurangku­rangnya lima tahun hingga seumur hidup dan sebatan sekurangku­rangnya sepuluh kali.

Berdasarka­n pertuduhan pindaan, kedua-dua tertuduh telah dituduh memiliki dadah berbahaya jenis Methamphet­amine dengan berat bersih 40.95 gram.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat bersama pada jam 1 petang, 13 Februari, 2017 di tempat letak kenderaan berhampira­n belakang My Dobi Coin Laundry, Permyjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia