Utusan Borneo (Sarawak)

Program NBOS beri sinar baharu kepada pekebun rambutan Nyelam

-

SIBU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BBP) Kapit bukan sahaja menabur khidmat berkaitan kes-kes kecemasan, malah semalam mereka membantu Hospital Kapit menangani seorang pesakit obes yang hendak dihantar ke Hospital Sibu.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi ( PGO) JBPM Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit menerima panggilan daripada Hospital Kapit sekitar 2.20 petang meminta bantuan untuk memindahka­n pesakit lelaki berusia 52 tahun dengan berat 147 kilogram di dermaga bot ekspres.

Susulan menerima panggilan tersebut, enam anggota termasuk dua anggota Pasukan Perkhidmat­an Penyelamat­an Perawatan Kecemasan (EMRS) diketuai PBK II Abu Osman dikerahkan ke hospital tersebut untuk memberi bantuan.

“Anggota bomba membantu pihak hospital mengangkat pesakit tersebut dari dermaga untuk dibawa masuk ke dalam bot Kementeria­n Kesihatan,” kata jurucakap PGO JBPM Sarawak.

Pesakit seterusnya dihantar ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan lanjut. SRI AMAN: Sekitar awal tahun lepas, pekebun dari Rumah Helary, Nyelam di sini mengambil keputusan untuk menebang lebih 200 pokok rambutan Anak Sekolah kerana kecewa sukar menjual buah itu selain berdepan pelbagai cabaran.

Lebih 10 penduduk di situ mula menanam rambutan Anak Sekolah sejak lapan tahun lepas, namun pada 2017 hanya tinggal lapan orang masih menanam pokokpokok buah tempatan tersebut di ladang penempatan masyarakat Iban yang terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Sri Aman.

Bercakap kepada Bernama, Bright Kichen, 56, berkata rata-rata pekebun bertindak menebang pokok itu kerana menyifatka­n tanaman tersebut tidak memberi hasil seperti yang diharapkan, pasaran tidak luas dan cabaran untuk membawa keluar buah rambutan itu dari ladang yang terletak kira-kira tiga kilometer dari jalan utama.

“Cabaran untuk memetik dan mengeluark­an buah dari ladang paling menyeksaka­n, tiada akses jalan yang baik untuk masuk ke ladang, malah kami terpaksa menempuh semak samun, jalan berpaya dengan air separas pinggang. Apabila sudah dikeluarka­n, buah perlu dikumpul di rumah panjang sebelum dijual.

“Kami terpaksa menjual sendiri buah rambutan yang ditanam di pasaran terdekat iaitu di Bandar Sri Aman, pada waktu itu kami menjual satu ikat mengandung­i 30 biji pada harga RM1.50. Jadi, pada setiap musim buah rambutan pendapatan kami hanya sekitar ratusan ringgit sahaja,” katanya.

Berikutan kecewa dengan hasil yang tidak seberapa, Bright yang memiliki dua hektar tanah ladang yang ditanam dengan pokok rambutan mengambil keputusan untuk memotong pokok yang telah ditanam.

Katanya pada awal tahun 2017,hampir10po­kokditeban­g sebelum pegawai daripada Jabatan Pertanian Sarawak dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n(FAMA)memberi nasihat supaya tidak berbuat demikian kerana pokok sudah mengeluark­an hasil.

“P e g a w a i J a b a t a n P e r t a n i a n S a r a w a k kemudian ke ladang, memeriksa jalan masuk dan membersihk­an laluan sebelum membina jalan di bawah program Jalan Ladang Buah- buahan sepanjang tiga kilometer untuk memudahkan proses memetik dan membawa keluar buah rambutan itu.

“FAMA pula memberi peralatan seperti meja keluli tahan karat, bakul, mesin gergaji rantai, gunting dan lain-lain untuk memudahkan proses memetik, membersihk­an, menggred buah, menyediaka­n lori hingga ke ladang, serta mengambil buah dari rumah panjang kami untuk dipasarkan.

“Malahan ada kakitangan FAMA yang tidur di rumah panjang untuk bersama-sama penduduk bekerja sehingga malam bagi membantu kami memetik buah rambutan,” katanya.

Bright berkata, bantuan yang diberikan secara percuma menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan ( NBOS) antara agensi serta jabatan Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) amat dinantikan, dan hasilnya, mereka berjaya menjual 20 tan metrik buah rambutan Anak Sekolah sejak akhir Disember tahun lepas.

“Sebelum ini kami terpaksa menjual sendiri buah yang dipetik, atau peraih membeli pada harga 50 sen sekilogram.

“Namun sejak menjual kepada FAMA dengan harga yang jauh lebih munasabah kami memperoleh pendapatan berlipat kali ganda,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SINAR BAHARU: Pekebun rambutan Bright Kichen (kiri) memeriksa rambutan Anak Sekolah yang ditanam di ladangnya di Rumah Helary, Nyelam.
— Gambar Bernama SINAR BAHARU: Pekebun rambutan Bright Kichen (kiri) memeriksa rambutan Anak Sekolah yang ditanam di ladangnya di Rumah Helary, Nyelam.
 ?? — Gambar Bernama ?? MUDAH: Jabatan Pertanian membina jalan ladang kira-kira tiga kilometer untuk memudahkan pekebun rambutan membawa keluar hasil dari ladang di Rumah Helary, Nyelam.
— Gambar Bernama MUDAH: Jabatan Pertanian membina jalan ladang kira-kira tiga kilometer untuk memudahkan pekebun rambutan membawa keluar hasil dari ladang di Rumah Helary, Nyelam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia