Utusan Borneo (Sarawak)

Penyerang Chile itu tandatanga­ni kontrak empat tahun setengah, jadikannya penerima gaji tertinggi Liga Perdana Inggeris

-

LONDON, England: Alexis Sanchez berkata Isnin lepas di mana beliau “gembira untuk menyertai kelab terbesar di dunia” selepas mengesahka­n perpindaha­n ke Manchester United dari Arsenal dalam satu perjanjian pertukaran pemain dengan Henrikh Mkhitaryan.

Penyerang antarabang­sa Chile berusia 29 tahun itu, yang hampir menyertai Manchester City pada musim panas yang lepas, menandatan­gani apa yang dipercayai kontrak empat tahun setengah yang menjadikan beliau pemain yang menerima gaji tertinggi dalam Liga Perdana Inggeris.

Ia dilaporkan di mana Sanchez akan menerima gaji sebelum cukai 500,000 pound seminggu.

Mkhitaryan,pemain antarabang­sa Armenia, juga berusia 29 tahun, ke Arsenal selepas hilang perhatian dari pengurus United, Jose Mourinho sepanjang 18 bulan di Old Trafford.

Ada orang (pemain bekas kelab) yang bercakap tanpa pengetahua­n tentang apa yang berlaku dalam kelab dan menimbulka­n masalah. Alexis Sanchez Penyerang baharu United

Sanchez menyertai Arsenal untuk 31.7 juta pound pada 2014 selepas tiga tahun di Barcelona tetapi perhubunga­n beliau dengan Arsenal bertukar suram apabila merancang satu perpindaha­n ke City tahun lepas. Menerusi akaun rasmi laman sosial Instagram, beliau mengambil peluang m e n y i n d i r bekas rakan sepasukan di Arsenal yang telah mengkritik sikapnya. “Ada o r a n g (pemain bekas kelab) y a n g b e r - c a k a p t a n p a p e n g - etahuan tentang apa yang b e r l a k u d a l a m kelab dan m e n i m - b u l k a n m a s a - lah,” tulis Sanchez.

“Saya harus berkata saya sentiasa memberikan 100 peratus fokus sehingga ke hari terakhir, apabila saya meminta pengurus (Arsene Wenger) untuk berada dalam pasukan kerana saya mahu memberikan sumbangan.”

Minggu lepas, bekas pemain pertahanan Arsenal, Martin Kewon, menggelar Sanchez sebagai “mata duitan terbesar bola sepak”.

Dalam satu kenyataan dikeluarka­n oleh United, Sanchez berkata beliau telah “mengh a b i s k a n tiga ta-

h u n setengah yang hebat” di Arsenal ‘dan saya membawa bersama- sama kenangan manis kelab dan penyokong hebat ini”.

Merujuk kepada United, beliau berkata: “Peluang untuk bermain dalam stadium bersejarah Old Trafford dan bekerja dengan (pengurus United) Jose Mourinho adalah sesuatu yang tidak dapat saya tolak.

“Saya berasa sangat bangga untuk menjadi pemain Chile pertama bermain untuk skuad senior United dan saya berharap saya dapat menunjukka­n kepada penyokong di seluruh dunia kenapa kelab mahu membawa saya ke sini.” United berharap untuk mengaut pelaburan yang membantu mereka merapatkan kedudukan dengan kelab jiran, Manchester City, yang ketika ini berada selesa di tangga teratas Liga Perdana Inggeris. Sanchez akan berganding­an dengan Romelu Lukaku di jentera serangan United, dengan penyerang Marcus Rashford, 20, dan juga Jesse Lingard, 25, akan bersaing tempat. Mourinho berkata: “Alexis adalah salah seorang penyerang terbaik di dunia dan beliau akan melengkapk­an kumpulan bakat penyerang muda kami.” Sanchez menghabisk­an tiga tahun di Barcelona, memenangi kejuaraan La Liga Sepanyol pada 2013. Di Arsenal, beliau memenangi Piala FA sebanyak dua kali tetapi tidak langsung hampir untuk memenangi Liga Perdana Inggeris dan kekecewaan beliau jelas tergambar musim ini ekoran laporan perbalahan dengan rakan sepasukan. Beliau bermain 119 kali untuk Chile dan membantu pasukannya memenangi Copa Amerika dua kali berturut-turut pada 2015 dan 2016, tetapi mereka gagal layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia. Perpindaha­n beliau ke United diraikan oleh penyokong dan rakan senegara di Chile, di mana penyokong dalam media sosial memuji mentaliti “kemenangan” Manchester United berbanding dengan Arsenal.

Mkhitaryan menyertai United untuk yuran sekitar 30 juta pound pada 2016 selepas tiga tahun di Borussia Dortmund.

Kemuncak pencapaian beliau di United ialah menjaringk­an gol ketika menewaskan Ajax di final Liga Europa musim lepas selain membantu United memenangi Piala Liga Inggeris.

“Saya mahu mengharapk­an kejayaan buat Henrikh di masa hadapan. Beliau adalah pemain yang tidak akan kami lupa terutama sekali sumbangan ketika memenangi Liga Europa,” tambah Mourinho.

Mkhitaryan memberitah­u laman sesawang rasmi Arsenal, beliau “sentiasa mengimpika­n bermain untuk Arsenal”.

“Sekarang, dengan saya berada di sini, saya akan melakukan yang terbaik untuk kelab ini dan mencipta sejarah,” kata beliau.

Wenger berkata beliau gembira mendapatka­n Mkhitaryan.

“Henrikh adalah pemain yang lengkap. Beliau mencipta peluang, bertahan dengan baik, boleh mengawal permainan dan sangat fokus dalam padang.

“Saya harus berkata beliau pemain dengan semua sumbangan.”

Perjanjian Sanchez-Mkhitaryan adalah perpindaha­n ter- baharu dalam pasaran perpindaha­n bulan Januari di mana Liverpool menjual Philippe Coutinho kepada Barcelona dengan nilai 160 juta euro dan membeli Virgil Van Dijk dari Southampto­n dengan nilai 75 juta pound, satu rekod dunia untuk pemain pertahanan.

Laporan di Jerman berkata penyerang Pierre-Emerick Aubameyang mungkin dalam perjalanan ke Borussia Dortmund. —AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia