Utusan Borneo (Sarawak)

Siri penyiasata­n dan jenayah dalam setiap Ahad di TV2

-

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan kisah penyiasata­n dan jenayah dalam siri Inggeris bertajuk ‘Legends’ yang mula menemui penonton pada 21 Januari lalu.

Turut dibintangi pelakon Morris Chestnut, Ali Larter, Sean Bean dan Tina Majirino, ia bersiaran setiap Ahad, jam 10.30 malam di TV2.

Siri Inggeris 20 episod arahan David Semel mengisahka­n seorang ejen FBI di Amerika Syarikat yang ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesai­kan kes-kes jenayah.

Beliau memasuki organisasi jenayah dengan menyamar sebagai orang lain. Beliau menggunaka­n pelbagai identiti mengikut situasi.

Ejen ini mempunyai satu kebolehan yang unik iaitu keupayaan untuk bertukar sepenuhnya kepada identiti penyamaran yang digunakan. Pertukaran ini merangkumi semua aspek watak iaitu cara pertuturan, tingkah laku, ciri peribadi, kelemahan dan sebagainya.

Sambil menjalanka­n tugas-tugasnya ejen ini juga mencari penyelesai­an kepada misteri kebolehann­ya yang aneh itu.

Episod bermula dengan memperkena­lkan watak utama seorang ejen FBI, Martin Odum, yang mengambil identiti orang lain untuk menyusup, menyiasat dan merisik aktiviti kumpulan dan organisasi haram.

Martin mempunyai kebolehan unik untuk mengambil identiti orang lain termasuk ciri-ciri peribadi dan kelakuan individu itu. Martin sendiri berasa bingung bagaimana beliau boleh bertindak begitu. Beliau sentiasa mencari kunci rahsia ini.

Pada kali ini, Martin membuat transforma­si dirinya kepada identiti Lincoln Dittmann, seorang yang mempunyai kelemahan iaitu gagap.

Martin ditugaskan untuk menyertai dan mengintip Citizen’s Army of Virginia satu pertubuhan haram yang menentang kerajaan melalui keganasan dan menimbulka­n kekacauan. Organisasi ini merancang untuk melakukan letupan bom di beberapa tempat awam.

Martin menyusup ke dalam organisasi ini dan membantu FBI mematahkan rancangan mereka serta menangkap ketuanya. Pada masa yang sama Martin ditemui oleh seorang lelaki yang menyerahka­n satu buku nota yang mungkin mempunyai jawapan kepada masalah peribadiny­a.

Dalam episod berikutnya Martin terlibat dalam menyiasat penculikan seorang guru sekolah Richard Hubbard dan keluargany­a.

Guru ini sebenarnya ialah seorang ahli kimia dari Rusia bernama Alexander Levensky.

Beliau merupakan ahli kimia yang telah membina senjata kimia iaitu gas urat saraf VX untuk angkatan tentera Rusia.

Beliau telah mendedahka­n rahsia ini kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan sebagai balasan beliau telah dibenarkan tinggal di negara itu dengan identiti baru.

Kini seorang bekas pegawai atasannya dari Rusia yang berpangkat Kolonel Yuri Medyev telah datang ke AS dan telah menculik Richard dan keluargany­a.

Kolonel ini telah menggunaka­n isteri dan anak perempuan Richard sebagai tebusan dan memaksa beliau supaya membina senjata kimia untuk dijual dalam perdaganga­n haram.

Seterusnya Martin mengambil identiti Dante Auerbach seorang ahli perniagaan yang terlibat dalam perdaganga­n senjata haram di peringkat antarabang­sa.

Beliau mengambil peranan ini untuk mengenal pasti saluran perjualan gas urat saraf VX dan sekaligus menyelamat­kan Richard Hubbard.

Beliau berjaya menghubung­i seorang wanita, Ana Paulanos, iaitu orang kanan seorang yang digelar ‘The Colonel’.

Penama ini ialah Yuri Medyev seorang ahli kongsi gelap Chechen. Melalui Ana, Martin berjaya memujuk ‘The Colonel’ supaya percaya pada beliau.

Seterusnya Martin berjaya menangkap ‘The Colonel’ dan Ana Paulanos.

‘The Colonel’ menggugut supaya beliau dan Ana dibayar seperti dijanjikan oleh Martin terdahulu dan dibenarkan keluar dari Amerika Syarikat.

Sekiranya FBI tidak mengikut kehendakny­a, konco-konconya akan melepaskan gas urat saraf VS di tempat awam secara berperingk­at. Sementara itu, seorang konco ‘The Colonel’ telah melepaskan gas urat saraf VX menyebabka­n 16 orang meninggal dunia.

FBI terpaksa berpurapur­a bersetuju dengan permintaan ‘The Colonel’ dan memindahka­n jumlah wang seperti dijanji kepada satu akaun khas.

Seterusnya FBI dan Martin mengiringi ‘The Colonel’ dan Ana ke bank untuk mendapatka­n baki simpanan gas VX yang disimpan dalam peti ‘safe deposit’ di bank tersebut.

Apabila sampai di bank, ‘The Colonel’ cuba melarikan diri. Dalam pertempura­n dan tembakmene­mbak yang berikutan, ‘The Colonel’ serta Ana terkorban dan peti yang mengandung­i gas VX dapat diselamatk­an.

Dalam pada itu Martin diberi cuti rehat bagi menenangka­n fikiran selepas penglibata­nnya dalam beberapa operasi berturut-turut.

Beliau menggunaka­n masa itu untuk menjalanka­n penyiasata­n sendiri secara sulit untuk menyelesai­kan misteri mengenai identiti dan latar belakang beliau yang sebenarnya.

Untuk tujuan tersebut beliau mula membuat risikan dengan maklumat yang telah ditinggalk­an oleh McCombs sebelum beliau mati dibunuh.

Beliau berjumpa dengan seorang bernama Dennis Evans.

Menurut Dennis Evans, Martin dan McCombs bersama-sama Evans sendiri telah bertugas di Iraq pada tahun 2004.

Satu peristiwa telah berlaku semasa di Iraq yang menyebabka­n mereka kini diburu dan dibunuh satu persatu oleh kumpulan tertentu.

Untuk mengetahui apakah kesudahan siri ini jangan ketinggala­n menontonny­a hanya di TV2 setiap hari Ahad, jam 10.30 malam.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ?? TERBAHARU: Watak utama Legends setiap hari Ahad di TV2.
TERBAHARU: Watak utama Legends setiap hari Ahad di TV2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia