Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia kekal mesra perniagaan dan pasaran

-

KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus berusaha menjadi lebih mesra perniagaan dan pasaran, selain meningkatk­an ketelusan, akauntabil­iti dan kecekapan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, Malaysia menyediaka­n banyak pelaburan dan insentif untuk memastikan negara dapat memanfaatk­an pertumbuha­n ekonomi global baharu.

“Suruhanjay­a Sekuriti, Bursa Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Kementeria­n Kewangan terus memperkena­lkan langkah-langkah untuk meningkatk­an lagi kedinamika­n pasaran modal kita.

“Saya boleh memberi jaminan mengenai pengenalan langkah-langkah seterusnya dalam masa terdekat,” katanya dalam ucaptama pada Invest Malaysia 2018 di sini semalam.

Persidanga­n Invest Malaysia Ke-14 selama dua hari itu dianjurkan bersama Bursa Malaysia Bhd dan Maybank. Acara itu diadakan setiap tahun.

Ia menarik 61 syarikat tempatan, daripada syarikat senaraian awam bermodal besar hingga sederhana dengan permodalan pasaran sebanyak RM767.6 bilion.

Najib menegaskan kedudukan kukuh Malaysia hari ini adalah hasil daripada keputusan sukar yang diambil oleh kerajaan, yang turut menyaksika­n kepelbagai­an sumber pendapatan.

“Kami mengelak Malaysia daripada terjejas teruk susulan penurunan besar harga minyak dengan mengurangk­an kebergantu­ngan kepada hasil minyak dan gas daripada 41 peratus pada 2009 kepada 14 peratus hari ini.

“Langkah itu telah dapat menyelamat­kan Malaysia. Jika kita masih bergantung kepada hasil minyak dan gas, ia akan menjadi satu bencana,” kata Najib.

Beliau juga berkata, pelaksanaa­n cukai barang dan perkhidmat­an merupakan langkah yang sukar tetapi keputusan yang perlu dan berpandang­an jauh serta perkara yang betul untuk dilakukan walaupun ia bukan langkah yang popular.

Beliau turut berkongsi banyak kisah kejayaan Malaysia pada acara itu, antaranya menjelaska­n perdaganga­n Malaysia berkembang dengan kukuh sebanyak 20.8 peratus dari Januari hingga November 2017.

Pada November sahaja, eksport kasar mencapai pertumbuha­n dua angka sebanyak 14.4 peratus, atau RM83.5 bilion.

Pada 2017, aliran masuk dana bersih asing mencatatka­n positif RM10.8 bilion, tertinggi sejak 2012, manakala bon korporat dan terbitan sukuk baharu berjumlah RM111.2 bilion untuk tempoh 11 bulan 2017, hampir kepada 30 peratus lebih tinggi berbanding keseluruha­n 2016. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia