Utusan Borneo (Sarawak)

SUKAN GUSTI LENGAN AKAN DIPERKEMBA­NG

SASA rancang perkenal gusti lengan di setiap sekolah di Sarawak, pembanguna­n peringkat akar umbi amat penting

- Oleh Harry Ilias

“Kita juga merancang untuk menubuhkan kelab gusti lengan dan akan berbincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak ” mengenainy­a. Matthew Dominic Barin Presiden SASA

KUCHING: Persatuan Sukan Lengan Sarawak (SASA) merancang untuk memperkena­lkan sukan gusti lengan di setiap sekolah di Sarawak.

Presiden SASA Matthew Dominic Barin berkata pembanguna­n sukan gusti lengan di peringkat akar umbi sangat penting sebagai usaha mengembang­kan sukan itu di Sarawak.

“Kita perlu pergi ke peringkat akar umbi, kami perlu menunjukka­n mereka cara yang betul, kita tidak mahu mereka mengalami kecederaan dan sebagainya.

“Sebagai contoh, jaguh dunia Devon Larratt bermula di usia yang sangat muda s ebe - lumberjaya. “Selain itu, kami juga mahu pengurusan sukan ini dilaksanak­an dengan betul berlandask­an perlembaga­an ditetapkan,” katanya semasa mengetuai delegasi SASA mengadakan lawatan ke SMK Sekolah Sukan Tabuan Jaya (SSTJ) dan SMK Batu Lintang semalam. Sehubungan i tu, Matthew berharap pihak bertanggun­gja- wab seperti sekolah bersedia menjalinka­n kerjasama erat dengan SASA dalam menyediaka­n platform pendedahan kepada pelajar.

Tegasnya, pendedahan awal sangat penting bagi menarik minat pelajar untuk menceburi sukan tersebut.

“Kita juga merancang untuk menubuhkan kelab gusti lengan dan akan berbincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak mengenainy­a.

“Sukan ini sangat penting didedahkan di akar umbi untuk mencungkil bakat ba- haru,” katanya lagi.

Sementara itu, Devon memuji inisiatif SASA dengan memperkena­lkan sukan itu di sekolah sambil berkata ia permulaan yang tepat dilaksanak­an oleh persatuan berkenaan.

Menurut jaguh dunia dari Kanada itu, gusti lengan bukanlah asing dalam arena sukan hari ini yang semakin diminati dan dimainkan di serata dunia.

“Jika anda hendak berjaya dalam sukan gusti lengan atau mana-mana sukan, anda mesti meminatiny­a dan sentiasa fokus untuk berjaya,” katanya.

Beliau turut berterima kasih dengan penganjur atas layanan baik selama beliau berada di Sarawak.

“Saya sangat terharu dengan kemurahan hati penduduk di sini, mereka telah menunjukka­n pelbagai budaya yang amat unik di negeri ini,” ujar Devon lagi.

Program selama hampir sejam itu turut disertai seramai 383 pelajar yang tidak melepaskan peluang beramah mesra bersama Devon.

Se l a in menunjukka n demonstras­i gusti lengan, Devon bersama delegasi SASA turut mengadakan beberapa perlawanan persahabat­an bersama para pelajar.

Pada sebelah petang, Devon dan SASA mengadakan program sama bertempat di SMK Batu Lintang.

Hadir sama Timbalan Presiden SASA Stephen Kee Chu Kiong, Pengetua SSTJ Edward Ngelai dan Pengetua SMK Batu Lintang Bakhtiar Affandi.

 ??  ??
 ??  ?? GEMBIRA: Stephen (kiri) menyerahka­n baju-T kepada Bakhtiar sambil disaksikan Matthew (tengah).
GEMBIRA: Stephen (kiri) menyerahka­n baju-T kepada Bakhtiar sambil disaksikan Matthew (tengah).
 ??  ?? KENANGAN BERSAMA: (Dari kiri) Matthew, Bakhtiar dan Stephen sempat meluangkan masa bergambar bersama-sama.
KENANGAN BERSAMA: (Dari kiri) Matthew, Bakhtiar dan Stephen sempat meluangkan masa bergambar bersama-sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia