Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan cari definisi, penyelesai­an terbaik PMPG: KM Cadangan ketua masyarakat semua kaum Bumiputera, memorandum NGO berhubung definisi PMPG akan diteliti

- Oleh Patricia Gari

KUCHING:Kerajaan negeri akan mencari definisi dan penyelesai­an terbaik untuk Pemakai Menoa dan Pulau Galau (PMPG) yang boleh diguna pakai serta diterima oleh semua kaum Bumiputera di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, bagi tujuan itu kerajaan negeri akan meneliti cadangan-cadangan daripada ketua masyarakat semua kaum Bumiputera dan beberapa memorandum dikemukaka­n oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertentu berhubung definisi PMPG.

Beliau berkata, usaha itu memerlukan masa agak panjang untuk diselesaik­an kerana perkara berkenaan melibatkan banyak interpreta­si.

“Kita perlu mencari hanya satu penyelesai­an yang boleh diguna pakai dan diterima oleh semua kaum Bumiputera di Sarawak.

“Ketika ini kita masih mencari definisi dan penyelesai­an paling tepat dengan mendapatka­n semua input daripada ketua masyarakat dan cadangan organisasi, selepas itu kita dalam kerajaan akan berbincang bagi menentukan penyelesai­an terbaik kepada isu ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan perasmian Persidanga­n Ketua Masyarakat Mengenai Pemakai Menoa dan Pulau Galau di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Mengulas lanjut Abang Johari berkata Pemakai Menoa atau dalam bahasa Inggeris ‘Territoria­l Domain’ membawa maksud sesuatu kawasan itu mesti mempunyai sempadan.

Oleh itu katanya dalam konteks itu, sempadan Pemakai Menua perlu dikenal pasti dan perkara itu akan dilakukan pakar iaitu orang yang arif mengenai adat kaum-kaum Bumiputera di Sarawak iaitu ketua-ketua masyarakat.

Menjelas lanjut, Abang Johari berkata ketika ini PM dan PG tidak mempunyai kuasa undang-undang kerana ia tidak terdapat dalam Kanun Tanah Negeri walaupun ia wujud dalam undang-undang adat Bumiputera di Sarawak.

Menurutnya keputusan mahkamah berhubung kes PM pada 26 Disember 2016 dibuat berdasarka­n intepretas­i undang-undang yang ada oleh peguam serta hakim.

“Jadi apa yang akan kita lakukan ialah memberi kuasa undang-undang kepada Pemakai Menoa dan Pulau Galau menerusi pindaan Kanun Tanah Sarawak (Cap.81) yang akan diterima oleh semua pihak,” jelasnya.

Beliau menambah, sistem pengurusan tanah di Sarawak adalah berdasarka­n ‘Torrens System’ yang dinyatakan dalam Bab 81 Kanun Tanah Sarawak 1958.

Sementara itu dalam ucapan perasmiann­ya, Abang Johari berkata, kepentinga­n politik harus diketepika­n dalam menyelesai­kan masalah berkaitan PMPG supaya perbincang­an dapat dilakukan dengan lebih rasional.

“Janganlah kita terikut den- gan kepentinga­n politik kerana ia hanya menyebabka­n kita beremosi dan rundingan tidak berjalan dengan rasional.

“Kita harus ingat apa yang kita lakukan hari ini bukannya untuk kita yang hadir di dalam dewan ini tetapi untuk generasi akan datang,” katanya.

Mengenai persidanga­n itu, Abang Johari yakin ia akan memberi input yang baik kepada penyelesai­an terbaik isu berkaitan PMPG.

“Kerajaan negeri sangat terbuka dalam isu ini dan akan berusaha menyelesai­kannya dengan baik kerana menyedari isu tanah amat dekat di hati kita, bukan hanya Dayak tetapi Bumiputera,” ujarnya.

Hadir sama ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri Datuk Amar James Masing dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta menteri-menteri kabinet negeri.

Kita perlu mencari hanya satu penyelesai­an yang boleh diguna pakai dan diterima oleh semua kaum Bumiputera di Sarawak.

 ??  ?? RUJUKAN PENTING: Abang Johari menerima buku Adat tujuh komuniti Bumiputera di Sarawak daripada Uggah sebagai cenderamat­a pada perasmian persidanga­n di sebuah hotel di Kuching semalam.
RUJUKAN PENTING: Abang Johari menerima buku Adat tujuh komuniti Bumiputera di Sarawak daripada Uggah sebagai cenderamat­a pada perasmian persidanga­n di sebuah hotel di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia