Utusan Borneo (Sarawak)

Koperasi bantu ahli mulakan perniagaan sendiri

Selain jana pendapatan, ahli koperasi turut diberi bantuan, kemudahan pinjaman

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Keanggotaa­n dalam sesebuah koperasi bukan sahaja mampu menj ana pendapa t a n ahlinya, bahkan koperasi memberi bantuan dan kemudahan pinjaman mudah untuk ahlinya memulakan perniagaan sendiri sekali gus meningkatk­an taraf hidup mereka.

“Ahli koperasi yang ingin memulakan perniagaan mungkin boleh mendapatka­n bantuan koperasi menerusi pinjaman dan kutipan bayaran bulanan pula akan dilakukan ketua koperasi.

“Ia mudah tetapi memerlukan kepercayaa­n setiap anggota dan salah satu cara koperasi meningkatk­an ekonomi setiap anggotanya,” kata Pengarah Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi Maktab Koperasi Malaysia (MKM) Najmah Nawawi.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Program Lestari Modal Insan Koperasi dan Potensi Penternaka­n Kelulut Jana Pendapatan yang dihadiri 300 peserta di Perpustaka­an Awam BDA di sini semalam.

Turut hadir Pengarah MKM Zon Sarawak Siti Maimunah Jerni.

Justeru katanya, program seumpama ini diharap mampu menarik seluruh lapisan masyarakat untuk terlibat dalam koperasi.

Pendekatan ini berjaya dilaksanak­an MKM dengan kerjasama Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an ( KPDNK) selaras dengan Strategi Lautan Biru (NBOS) melalui promosi dan perkongsia­n ilmu bersama komuniti dalam kejayaan perusahaan yang dijalankan, contohnya penternaka­n lebah kelulut.

Katanya, program terbabit menerima bimbingan MKM berkaitan pengurusan yang baik serta cara menggunaka­n teknologi komputer untuk perniagaan.

J e l a s n y a , k o n s e p koperasi adalah sentiasa mengetenga­hkan idea baharu serta berusaha meningkatk­an modal insan melalui tadbir urus kerajaan selaras Dasar Koperasi Negara.

Dalam pada itu, tiga ceramah disampaika­n pada program itu merangkumi ‘Lestari Modal Insan Koperasi dan Program Latihan MKM 2018’ oleh MKM Zon Sarawak, ‘Kaedah dan Syarat Permohonan Lesen Runcit

Ahli koperasi yang ingin memulakan perniagaan mungkin boleh mendapatka­n bantuan koperasi menerusi pinjaman dan kutipan bayaran bulanan pula akan dilakukan ketua koperasi.

serta Borong Barang Kawalan’ oleh KPDNKK dan seterusnya ‘Potensi Penternaka­n Kelulut Jana Pendapatan’ yang disampaika­n Penolong Kanan Pegawai Pertanian Jabatan Pertanian Johor ( Pakar Pembiakan Lebah) Zakbah Mian.

Pada majlis yang sama, MKM turut menyampaik­an bantuan di bawah tanggungja­wab sosial korporatny­a (CSR) untuk penerima bantuan e-Kasih di sini.

 ??  ?? PROJEK CSR: Najmah (kiri) menyampaik­an bantuan daripada MKM kepada komuniti yang memerlukan di bawah senarai penerima bantuan e-Kasih.
PROJEK CSR: Najmah (kiri) menyampaik­an bantuan daripada MKM kepada komuniti yang memerlukan di bawah senarai penerima bantuan e-Kasih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia