Utusan Borneo (Sarawak)

Perniagaan trak makanan, pasar malam bergerak agenda PAVB

-

BINTULU: Persatuan Anaq Vaie Bintulu (PAVB) merancang perniagaan trak makanan atau ‘food truck’, selain mahu mewujudkan pasar malam bergerak di bahagian ini.

Presiden Persatuan Anaq Vaie Bintulu (PAVB) Pandi Suhaili berkata, mereka akan umumkan loka s i perniagaan setelah ahli terlibat mempunyai trak makanan untuk memulakan perniagaan tersebut, sekali gus membolehka­n perancanga­n seterusnya dilaksanak­an.

“Perniagaan trak makanan ini boleh disertai semua lapisan masyarakat.

“Konsepnya khusus untuk warga Bintulu yang berminat tanpa mengira agama, bangsa dan semuanya dialu-alukan menyertai perniagaan ini,” ujarnya pada sidang media sempena Taklimat Program Usahawan Bumiputera (Food Truck dan Lori Pasar Malam) anjuran PAVB dengan kerjasama Pusat Jaringan Usahawan Bumiputera (PJUB) Kuala Lumpur di Bilik Serba Guna Bangunan Martabat Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Sebiew semalam.

Turut hadir Naib Presiden PAVB Yusuff Ali, Setiausaha Agung PAVB Ismawi Ishak serta ahli jawatankua­sa tertinggi PAVB.

Katanya, pihak persatuan turut berharap kerajaan khususnya pihak berkuasa tempatan membantu usahawan kecil mendapat kelulusan bagi menjalanka­n perniagaan ‘food truck’, kios dan lori pasar malam dalam usaha memajukan ekonomi setempat.

Dalam perkembang­an lain katanya, taklimat yang diadakan itu bertujuan memberi pendedahan kepada us ahawan Bumiput e r a khususnya ahl i PAVB mengenai peluang perniagaan ‘food truck’, kios dan lori pasar malam.

Ia juga bertujuan menghimpun­kan usahawan di Bintulu dalam satu kumpulan di bawah bimbingan PAVB yang akan menyalurka­n maklumat mengenai peluang bantuan kewangan dan pelesenan untuk ahli yang berminat dalam bidang keusahawan­an.

“Ini adalah usaha berterusan persatuan untuk ahli serta masyarakat seluruhnya tanpa mengira kaum untuk meningkatk­an sosioekono­mi.

“Melalui jaringan usahawan ini, mereka akan dilatih dengan asas perniagaan dan perakaunan serta diberi motivasi melalui program yang akan dianjurkan bersama PJUB,” tambahnya.

Beliau berkata, program berkenaan menyenarai­kan beberapa modul yang berpusat di Bintulu serta akan dikendalik­an Akademi Pembanguna­n Usahawan Global Kuala Lumpur dan Unit Pembanguna­n Ekonomi PAVB.

Program tersebut ternyata me n d a p a t s amb u t a n memberangs­angkan dengan penyertaan mencecah 100 orang berbanding sasaran sebelumnya hanya 50 orang.

“Berikutan itu, kami akan meneruskan program seperti ini untuk membuka lebih banyak peluang dan bagi yang telah hadir hari ini dan terus berminat kami akan mem- bawa mereka mengikuti sesi khusus iaitu ‘Transforma­si Minda Global’.

“Fokus perniagaan ini adalah pelbagai, daripada lori pasar malam, ‘food truck’, perniagaan kafe, makanan segera sehingga kepada kios berupa gerai jualan burger, sate dan sebagainya,” katanya.

Justeru katanya, PJUB akan menerangka­n cara memiliki ‘food truck’ dan yang penting peniaga terbabit dapat mengikuti kursus dan tunjuk ajar yang diberikan.

Di Bintulu, perniagaan ‘food truck’, lori pasar malam dan kios tertakluk di bawah undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

Selaras peraturan itu katanya, BDA turut menyampaik­an taklimat dan menerangka­n syarat-syarat yang perlu dipatuhi peniaga.

“Sebagai sebuah persatuan, kami akan membantu ahli-ahli mendapatka­n lesen daripada pihak berkuasa tempatan terbabit,” tegas Pandi.

 ??  ?? BERTUAH: (Dari kanan) Kevin, Ting, Ling dan Yong merakam kenangan bersama para pemenang Program Amal Cuci Kereta di pejabat KTS Trading Sdn Bhd di Sibu, semalam.
BERTUAH: (Dari kanan) Kevin, Ting, Ling dan Yong merakam kenangan bersama para pemenang Program Amal Cuci Kereta di pejabat KTS Trading Sdn Bhd di Sibu, semalam.
 ??  ?? DIBIMBING: Peserta bergambar bersama Pandi (duduk, lima baris tengah), penceramah dan ahli jawatankua­sa tertinggi PAVB.
DIBIMBING: Peserta bergambar bersama Pandi (duduk, lima baris tengah), penceramah dan ahli jawatankua­sa tertinggi PAVB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia