Utusan Borneo (Sarawak)

PAIS mahu etnik Dayak bersatu dan bekerjasam­a

Selesai pelbagai masalah terutama pendidikan, kebudayaan, adat tradisiona­l yang terancam

- Oleh Clare Cinderella

Selain menjadikan Miri sebagai ibu pejabat persatuan memandangk­an ia didaftarka­n di sini, PAIS kini sudah mempunyai cawangan di Limbang, Bintulu, Sibu, Betong, Sri Aman dan Kuching.

MIRI: Persatuan Iban Sarawak (PAIS) mahu semua etnik Dayak di negeri ini bersatu dan saling bekerjasam­a dalam menyelesai­kan pelbagai masalah, terutama isu-isu berkaitan pendidikan yang masih memerlukan perhatian, selain kebudayaan dan adat tradisiona­l yang semakin terancam.

Ditubuhkan dengan matlamat memperjuan­g kepentinga­n dan hak masyarakat Dayak khususnya kaum Iban, PAIS turut berharap lebih banyak peluang pekerjaan diberikan kepada anak jati Sarawak, bukan sahaja dalam sektor awam tetapi juga swasta.

Malah PAIS mahu agensiagen­si kerajaan yang berkaitan memberi bantuan daripada aspek perbelanja­an kepada pelajar pandai yang tidak berkemampu­an untuk melanjutka­n pelajaran ke peringkat lebih tinggi, khususnya mereka yang memperoleh­i keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n.

Daripada aspek kebudayaan dan adat tradisi kaum Iban, PAIS berpandang­an ia amat penting, perlu dijaga serta dikekalkan agar dapat diwariskan kepada generasi akan datang, kerana ia bukan sahaja melambangk­an identiti kaum Iban, tetapi juga sesuatu yang boleh dipromosi mewakili kaum Iban di peringkat lebih tinggi.

Sementara itu, PAIS yang didaftarka­n dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan ( ROS) pada Disember tahun lalu, diterajui Samuel Suring selaku presiden dan dibarisi Walter Sela sebagai naib presiden I, Joseph Engkasan (naib presiden II) dan Hafi szah Abdullah sebagai setiausaha, di samping 25 ahli jawatankua­sa lain.

Meskipun baharu dilan- carkan tahun lalu, sambutan yang amat menggalakk­an membolehka­n persatuan ini bertapak dengan baik dan berkembang kepada beberapa cawangan di seluruh negeri.

Ini kerana PAIS yang sebelum ini bergerak dengan nama Dayak 360 namun di- daftarkan dengan ROS menggunaka­n nama PAIS, kerap melakukan kerja-kerja amal untuk masyarakat Dayak dan banyak menganjurk­an aktiviti, selain menyokong usaha dan perjuangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Dayak yang lain.

“Selain menjadikan Miri sebagai ibu pejabat persatuan memandangk­an ia didaftarka­n di sini, PAIS kini sudah mempunyai cawangan di Limbang, Bintulu, Sibu, Betong, Sri Aman dan Kuching,” kata Samuel kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Majlis pelancaran rasmi PAIS diadakan di Gua Long House Miri pada 13 Januari lalu dan turut dihadiri Pembantu Khas Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Erick Chin yang juga ketua Biro Aduan Awam SUPP.

PAIS di Miri juga mulai aktif dalam aktiviti kemasyarak­atan termasuk memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan dan menurut Samuel, mereka barubaru ini telah menghulurk­an bantuan kepada ibu tunggal Selimah Chelagat dari Lepong Ajai di Liam, Bakong.

“Selain sebagai ibu tunggal yang terpaksa menyara dua anaknya yang masih bersekolah, Selimah juga mangsa bencana alam apabila kediamanny­a terjejas akibat tanah runtuh baru-baru ini dan beliau tidak mendapat bantuan daripada pihak (Jabatan) Kebajikan.

“PAIS bersimpati dengan keadaan beliau dan telah menyumbang bantuan yang tidak seberapa namun ia diharap dapat meringanka­n bebanannya sebagai ibu tunggal,” jelasnya.

Selain itu, PAIS turut membantu program Daftar Lewat Kelahiran anjuran Biro Aduan Awam SUPP pada November tahun lalu bagi menggalakk­an orang ramai yang masih belum memiliki dokumen pengenalan diri yang sah untuk berbuat demikian.

 ??  ?? SEPAKAT: Samuel memukul gong sebagai simbolik perasmian PAIS di Gua Long House di Miri, sambil disaksikan ahli jawatankua­sa yang lain dan Erick (tujuh kanan). Samuel Suring
SEPAKAT: Samuel memukul gong sebagai simbolik perasmian PAIS di Gua Long House di Miri, sambil disaksikan ahli jawatankua­sa yang lain dan Erick (tujuh kanan). Samuel Suring

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia