Utusan Borneo (Sarawak)

MDLBS bentuk jawatankua­sa jiran bendung pembuangan sampah haram

-

SIBU: Membuang sampah di kawasan tidak sepatutnya semakin berleluasa dalam kawasan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) yang memaksa pihak majlis membentuk suatu rangkaian pengawasan jawatankua­sa kejiranan untuk membendung masalah itu.

Pengerusin­ya Sempurai Petrus Ngelai berasa kesal dengan masalah itu terutama di Sibu Jaya di mana sisa industri dan pengubahsu­aian rumah dibuang secara haram di tepi jalan dan hujung jalan mati.

“Kita (MDLBS) telah mengadakan perjumpaan dengan kaunselor di kawasan terbabit dan Seksyen Kesihatan Awam untuk membentuk satu rangkaian pengawasan dengan jawatankua­sa kejiranan menjadi mata dan telinga MDLBS.

“Selain itu, kita juga mengeluark­an notis kepada pemilik industri supaya tidak membuang sisa buangan secara haram di kawasan tidak sepatutnya,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada membuang sampah secara haram di kawasan tidak sepatutnya sesuatu yang serius di kawasan MDLBS.

Sempurai menambah, buat masa ini MDLBS melalui unit penguatkua­saan dan Kesihatan Awam dalam proses mengumpul maklumat dan bukti terhadap pihak yang membuang sisa industri dan rumah seperti perabot lama.

“Jika didapati dengan sengaja membuang sampah di kawasan tidak sepatutnya, MDLBS akan mengenakan kompaun sebanyak RM500,” tegas beliau.

Bagaimanap­un katanya, lebih penting ialah menyelesai­kan masalah itu dalam jangka masa panjang.

“Kita harus memberi kesedaran kepada orang awam agar tidak membuang sampah di kawasan tidak sepatutnya seperti di tepi jalan atau kawasan terpencil.

“Kesedaran sivik ini mesti bermula dari rumah dan ibu bapa mesti memainkan peranan mereka mendidik anak-anak.

“Pada masa sama, pemimpin-pemimpin masyarakat dan wakil rakyat juga harus memainkan peranan mendidik dan mengingatk­an rakyat supaya tidak membuang sampah sesuka hati,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia